BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 18, 2011

hadiah indah keinginanku!

Hadiah terbaik keinginan cik sheera  bukan bunga dalam jambangan. Ia juga bukan coklat tanda ikatan. Apatah lagi beruang berbulu comel yang lembut disentuh tangan. Cincin? Ah, itu juga bukan, malah tidak pernah cik sheera idam-idamkan. Hadiah terbaik saya adalah dia yang Tuhan kurniakan sebagai pendamping cik sheera. Dia yang sederhana dan telah menambat hati cik sheera. Cik sheera tidak peduli apa yang dunia ini katakan tentang dia, kerana cik sheera tahu bahawa dia adalah yang terbaik untuk cik sheera..



Dia yang cik sheera kenal itu tidak seromantik mana. Tapi cik sheera tak putus2 mengajarnya kerana cik sheera fikir romantik itu perlu sebagai bunga2 kehidupan. Cik sheera perlukan romantik yang bertempat sebagai tanda penghargaan. Dan tidaklah pula cik sheera menyatakan bahawa tidak romantik itu sesuatu yang tidak bagus. Namun cik sheera lebih menghargai kehalusan perasaan atau cik sheera namakan sebagai romantik itu. Bagi cik sheera bunga2 hidup 

itu perlu demi menghiasi cinta cik sheera dan dia..

Hadiah terbaik cik sheera adalah apabila dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar cik sheera walaupun kami sama2 sibuk. Cik sheera tidak meminta dia menghantar pesanan ringkas kepada cik sheera setiap saat kerana itu tentulah mustahil. Jadi cik sheera bersyukur dengan apa jua yang dia kirimkan pada cik sheera walaupun sebaris 'assalamualaikum'..


cik sheera berterima kasih dengan khidmat pesanan ringkas ini. Ia benar2 meringkaskan hubungan dalam dunia serba mencabar dan masa yang serba pantas berlalu. Ia ringkas, mudah dan cepat. Ia tidak membuang masa semata-mata untuk memberitahu penerima tentang apa yang kita rasa. Ia berbaloi dan murah pula. Sejujurnya, cik sheera amat2 sayangkan zaman cik sheera yg 
dilalui bersama dia dan benar2 mensyukurinya.

Cik sheera tidak perlukan Blackberry atau Aifon untuk menyatakan hasrat hati cik sheera. Dan cik sheera juga tidak mengharapkan pesanan2 yang cik sheera terima dilayangkan khas dari sebuah Blackberry atau Aifon itu. Dengan jalan apa pesanan itu datang tidaklah sepenting mana. Yang penting ia selamat tiba dan boleh dicernakan oleh minda cik sheera dlm keadaan penuh cinta dan kasih syaang yg ikhlas dr dia.


Jadi, hadiah terbaik cik sheera cumalah sebaris kata2 yang ikhlas datangnya dari hati lalu turun ke jari. Lalu kata2 itu ditaip satu2, dan dilayangkan di alam maya yang entah mana, lalu menjelma di mata cik sheera sebagai sebuah pesanan paling ringkas tapi bermakna dr si dia insan tercinta. Ya, itulah hadiah terbaik cik sheera demi mengingatkan cik sheera dan dia tentang janji & sumpah yg pernah disemat bersama. Cukuplah, cik sheera tidak mahu yang lainnya...


2 orang conteng di sini..:

Sonnet said...

salam cik sheera.

saya dah follow blog awak.

nice blog u have.

kalau ada masa free, dtg la komen dekat blog saya :)

sheera anastsya said...

wasalm..mekasyih! ok i will.. insya-Allah! happy blogging! :)