BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 20, 2011

syg! menulislah..sebelum Tuhan mengahantar nokhtahnya..

Sayang, cik sheera gembira betul bila kamu mahu menulis. Kerana telah berkali2 cik sheera khabarkan pada kamu, bahawa menulis itu perlu. Mungkin hari ini apa yang kita tulis nampak seakan2 tidak bermakna, tetapi satu hari nanti siapalah tahu apa kewajarannya. Mungkin tulisan itu sajalah menjadi bukti kewujudan kita. Nah, bukankah molek jika bukti itu kita kumpulkan satu persatu, agar di suatu waktu dapat ditonton dan dibaca anak cucu?? Jadi tak salah kiranya cik sheera mempunyai berbuah2 buku nota menulis tentang suka duka cinta kita



Sayang, cik sheera suka kamu menulis. Kerana menulis itu umpama melakar sebuah potret kehidupan. Dengan menulis kita berkongsi hati dan perasaan. Dengan menulis, kita sebenarnya telah cuba untuk melapangkan fikiran. Jadi janganlah bungkam dan gundah, sekiranya tulisan2mu itu tidak dibaca. Kerana tulisan2 itu tidak lain buat penawar dirimu sendiri. Menulis lah untuk hatimu dan bukan untuk mereka yang datang bertamu. Kerana yang semacam itu akan lebih melapangkan, dari memikir2 akan siapa yang sudi bertandang


Sayang, menulis itu sebenarnya sangat sukar. Kerana seringkali apa yang kita tulis akan menjadi wacana untuk mata2 yang membaca. Jadinya, kalau elok yang kita tulis, elok jugalah hasilnya. Molek jugalah ikut-ikutannya. Dan kalau yang kita tulis itu adalah umpat keji serta cela, lalu kita jugalah yang akan menerima dosanya. Namun itu semua janganlah kamu risaukan. Kerana sudah menulis itupun adalah satu kerahmatan. Kerahmatan buat menyemai cinta kita..


Sayang, menulislah dengan hati, agar apa yang ditulis itu masuk juga ke dalam hati. Janganlah ragu2 dan bimbang yang nanti tulisanmu akan dikecam dan dihina orang. Kerana apalah ertinya kekecaman dan penghinaan mereka itu. Mereka bukan sesiapa dalam hidupmu. Apa yang penting adalah cik sheera. Cik sheera yang suka membaca tulisanmu walaupun jarang2 kau menyebut nama cik sheera. Cik sheera tidak minta disanjung dan dipuja, kerana cik sheera tahu cik sheera telah lama berpaut di dalam hati dan jiwa kamu syg! Biarpun kini masalah semakin kerap timbul tapi itu bukn penghalang hubungan kamu dan cik sheera kan?? Keajauhan dan masa bukanlah pengahalang untuk luahan mu syg! Menulis lah!!


Sayang, akan ada nanti suatu hari kamu akan merasa begitu berat untuk menulis. Keinginanmu terhalang oleh pelbagai masalah yang mendatang. Janganlah di waktu itu kamu berputus asa, lalu tulisan2mu kamu tinggalkan saja. Peliharalah ia, sayangilah ia dan simpanlah ia seperti harta yang berharga. Harta yang akan membuktikan kamu adalah kamu, dan kamu pernah ada cik sheera yang bertapak di hatimu. Cik sheera faham apa yg akan terjadi nanti bukan lah permintaan kita syg! Cik sheera mengerti melalui naluri..tapi menulislah! Mungkin ada sesuatu yg belum kamu mmpu ungkapkan dengan kata2…


Sayang, cik sheera tahu hidup ini hanyalah sementara. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini hanya sandiwara yang akan dihitung pula amal dosanya di suatu masa. Tapi sementelah Tuhan memberikan kita merasai nikmat dunia dan isinya, elok sajalah cerita dunia ini kita penuhkan dengan warna suka duka, sambil2 mengingati tentang mati dan alam sana. Menulislah seolah2 kita akan mati esok lusa. Di situ, kita akan sentiasa menulis agar tidak ada apa pun yang kita cicirkan di dalam kehidupan, terutamanya memberitahu orang2 yang kita sayang bahawa kita terlalu amat menyayangi mereka. Kerana itu cik sheera menulis ini syg! Cik sheera syg kamu!!! 

Sayang, cik sheera menulis kerana cik sheera sayangkan kamu. Kamu yang telah cik sheera simpan sebagai sebahagian dari hidupku. Kamu yang tidak akan cik sheera temu kalau bukan dengan izin Tuhan. Kamu yang tidak mungkin cik sheera kenal kalau bukan dengan nama persaudaraan. Cik sheera sayangkan segala2nya tentang kamu. Baik burukmu, cacat celamu, kekurangan dan kelebihanmu, marahmu, rajuk dan tawamu, sifat2 buruk dan baikmu, cik sheera sayangkan kesemuanya. Cik sheera sayangkan kamu kerana kamu adalah kamu. Dan jikalau kamu menjadi orang lain, maka kasih sayang itu juga akan bertukar menjadi asing




Kekallah begitu. Kekallah menjadi kamu yang cik sheera tahu…


Jadi sayang, ayuhlah menulis. Biar kita sama2 hiasi dunia dengan kilau kata2. Biarpun kita akan dibawa pergi dan berpisah esok lusa, biarlah dengan tulisan2 ini saja menjadi tanda bahawa kita pernah berkongsi cerita, berkongsi cinta dan berkongsi cita2. Ayuh, mari lah kita mula. Sebelum Tuhan menghantar noktahnya....

**pstt! Maafkan cik sheera kalau terlebih sayu malam ni….. maaf!

0 orang conteng di sini..: