BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 26, 2011

Ingin ku laungkan rasa kecewa!

kertas nota berwarna putih berkibar lembut ditiup angin dari kipas siling..ruang tamu ini sunyi..sepi..
sesepi hati ini..sesunyi jiwa ini..
cawan berisi kopi panas ku biarkan sejuk begitu saja
tiada rasa untuk meneguknya..
menjeruk rasa ini..sakitnya bagai tersiat..
air mata mula mengalir perlahan..
air mata kerisauan....kekecewaan!


telah ku berjanji akan membahagiakan mu
apa jua pengorbanan pasti ku laksanakan
aslkan engkau bahagia, asalkan engkau gembira..
telah ku izinkan hati ini sengsara demi kamu!
bukan niat menabur paku di jalan berliku
tapi ketahuilah kau bahawa hati ini sungguh tersayat pilu 
demi mendengar kesakitanmu syg..
jiwa ini sekan dirobek saat mendgr keluh pedih sakit mu
luluh rasanya kaki ini
kecewa kerana tidak berada di samping kamu yg 
sedang gundah kesakitan...
maafkan aku sayang...

mendapat suatu khabar,
menimbulkan rasa kecewa yg terlalu dalam!
bagai ditoreh belati tajam, kesannya menitiskan air mata
kedegilanmu membahangkan hati ini
membuatkan aku rasa gusar!
tidak pernah ada niatku menghalang keinginanmu
tidak sesekali....namun jauh di sudut hati
aku begitu khuatirkan keadaanmu yang sedang sakit
bukankah di rumah tempatmu utk berlindung
dari angin malam yang dingin
dari embunan yang boleh mengeruhkan sakitmu
dari cuaca malam yg membuatkan tekakmu semakin
terasa pedihnya...?? bukankah harus begitu??

pedih ! sakit ! kecewa ! risau !
segalanya bercampur baur dengan kedegilan kau
di mana letaknya mata hati kamu??
lupakah kau pada aku yg sentiasa merisaukan kamu?
jarak dan masa menjadi penghalang utk aku menemanimu, namun ketahuilah kau bahawa hanya kau yg bermain di fikiran!
ku dpt merasakan jejak langkahmu yang lemah menghayunkan kaki ke luar sana, namun ego mu yang meninggi membuatkan mu nekad menyakiti hatiku dan dirimu sendiri..
sungguh! hati ini disayat kekecewaan!
sungguh! hati ini risau dengan keadaanmu!
sungguh menjeruk rasa jiwa ini memikirkan mu!
sungguh! air mata ini mengalir sederasnya dgn kekecewaan yang bercampur aduk dengan kerisauan kesihatanmu!
mengapa syg??
mengapa dikau terlalu berdegil..???
sekeras itukah hatimu melakukan sebegitu??

salahkah aku mencuba menjagamu biarpun kita jauh?
salahkan aku mencuba mengkhuatirkan keadaanmu syg?
salahkan aku memberikanmu istirehat ??
salahkah aku??
salahkah aku sanggup melayan perasaan sendiri di ruang tamu demi memberikanmu tidur yang nyenyak selepas mengambil ubat utk merawat sakitmu itu..??
salahkan pengorbanan ini syg??
salahkah aku kiranya aku mahu kamu berehat syg !!!!!

biarkan laahh...
andai kata kerisauan, kesengsaraan jiwa, keluhan kecewa, curahan air mata dan kegusaran hati ini
dapat membahagiakanmu, aku relakan..
namun sungguh! jauh di sudut hati, aku tidak dapat menerima perbuatanmu..risau ! pedih ! sakit !
kecewa sungguh ..........

serasa ingin ku laungkan kekecewaan ini..
susah benarkan untuk kau berehat di rumahmu syg??
beratkah permintaanku ini??
bukan intan permata..
bukan emas bergunung..
bukan harta..bukan rumah mahupun kereta
yang aku idamkan darimu sayang!
hanya kesihatan dan kebahagiaanmu..
berat kah permintaan ini..??
Ya Allah kuatkanlah hamba-MU
sesungguhnya hati ini begitu sakit! tersayat pilu..
tak pernah ku rasakan kekecewaan sebegini rupa!
tak pernah seluluh ini hati terasa!
tak pernah mengalir air mata ini merisaukan insan bergelar lelaki selain kamu..hanya kamu! demi kamu!

namun.......langsung tidak kau peduli
hanya ego dan kedegilan yang bertakhta....
andai itu keinginanmu, biar menangis beribu tahun jua akan tetap ku cuba penuhi dan turuti...
tetapi maafkanlah kiranya hati ini tidak dapat menerima dan memaafkan perbuatanmu....
kerana pastinya rasa sakitmu menahbahkan rasa kecewa ku di kemudian hari.. kecewa kerana kesakitanmu!

ku harapkan kepulanganmu dengan selamat syg!
ku harapkan sekepulanganmu nanti tidaklah diikuti dengan rasa sakit lagi..ku harapkan kau sihat sebaik saja kaki mu melangkah keluar dari tempat itu..ku harapkan kau sihat memperlakukan aku sebegini..
ku harap kau sebetulnya tidak merasa kesakitan itu lagi setelah air mata ini tercurah di ruang tamu yang sepi ini hanya kerana risau mmikirkan keadaanmu di luar sana....
bergembiralah sayang dan pulanglah dgn selamat....

.: ___________________________________________ :.

setiap hari menangis keranamu ..
bahagiakah engkau memperlakukan aku sebegini..??
harapanku semoga itu yang kau perolehi syg....
ku relakan kebahagiaanmu berada di atas air mataku!

CIK SHEERA

pstt:// rasa mcm nk gila pikirkan EXAM, menghafal, memahami, membuat kiraan dan menangis pada masa yg sama!!!!!
esok quiz lagi ..... hhuurrmmmmm .....
:(

0 orang conteng di sini..: