BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 13, 2012

facts about MAK & AYAH :)

atotototo Assalamualaikum cik diary ! nak raya dah ! nak raya dah .. mood raya sudah mari .. kerinduan kepada kampung sudah membuak-buak .. apatah lagi mood raya menjolok-jolok pundi lepas tadi tengok2 previous iklan-iklan raya kat youtube.. aduh ! sangat nak balik raya dooo .. 

p/s : ni gambar raya tahun lepas, tahun ni aku ada belikan baju untuk mak & ayah .. sepasang warna putih ! aku hadiahkan mak & ayah baju dari hasil titik peluh aku menjahit .. biar mak ayah rasa jugak hasil keringat aku jual handmade.. hehe.. harap mak ayah suka &
 pakai hari raya ni.. nanti aku post gambar mak ayah pakai baju tu kat kau yer cik diary :)

***************************************

okey back to the topic my cik diary, ni entry nak cerita pasal fakta mak dan ayah .. kita mulakan dengan insan tercinta bernama IBU : PUAN CHE SHARIMAH BINTI AZIZ 

pertama : suruh je mak masak apa, semua boleh ! semua mesti seperti apa yang dibayangkan di dalam kepala ! main campak-campak jeee ..

kedua :  mak sangat sporting.. cerita pasal bf kat mak pun mak layan je, dengar je.. haha tu yang the best tuuu !

ketiga : mak jarangggggg marah ! tapi....sekali mak marah, kau jangan cari pasal, mau meletup rumah ! haha

keempat : setiap kali raya, mak tak pernah pun tergesa-gesa sibuk nak tukar langsir.. tak kalut pun nak tukar kain sarung kusyen (dulu kusyen, sekarang sofa mmg tak tukar laa).. tak sibuk pulak nak ganti karpet2 baru.. haaa.. tu yang ohsemmm tu..

kelima : ya Allah ni yang paling ohsemmm, mak aku setahun sekali je pergy pasar malam atau pun bazaar.. silap2 dalam tahun tu mak tak pergy punn.. haha.. ayah je selalu pergy pasar kalau mak nak masak apa.. takkan pergy punya tempat sesak-sesak ttuuuu..

keenam : kalau mak cuti dan tak kerja, mak tak ada nyaa nak keluar rumah pergy jalan-jalan atau shopping2 mcm orang lain.. seminggu dia cuti, seminggu jugak lah dia duduk kat rumah.. 

ketujuh : mak kalau rindu anak-anak dia xcakap pun rindu.. dia cuma akan mesej tanya khabar, tanya buat apa.. tu maknanya mak rinduuuuu !

kelapan : bagi aku mak seolah-olah ada instinct yang kuat terhadap sesuatu perkara yang bakal terjadi.. selalunya perkara yang buruk2 laa.. bila mak cakap je dia rasa benda2 tu nak jadi, insya-Allah jadi lah.. tu atas kuasa Allah jugak :)

kesembilan : dah bertahun-tahun mak akau nak letak jawatan sebagai ketua wanita kat kampung tu, tapi setiap kali tu kena reject ! dah dekat 10 tahun... hahahaha...cian makk... sibuk je setiap kali nak PRU... semuanya mak buat dengan free tauuu...

kesepuluh : fakta paling penting ! MAK SAYANG AYAH DAN ANAK-ANAK DIA .. TAMBAH-TAMBAH CUCU SULONG YANG BAKAL TERJAH DUNIA HUJUNG TAHUN NANTI :)

*************************************


insan tercinta bernama AYAH : ENCIK SHAARI ABDULLAH

ayah ... ayah .. ayah .. hhmmmm tak banyak fakta sangat mengenai ayah sebab ayah aku seorang yang sangat pendiam tapi setiap kali bersuara atau bertindak, akan jadi perkara paling kelakar untuk hari tuu.. haha ! eyh ! itu fakta pertama laaa :)

kedua : ayah akan bangun awal pukul 5:30 pagi setiap hari tak kira hari kerja atau tak ..

ketiga : ayah akan minum kopi setiap kali sebelum tidur dan setiap kali duduk relex2 kat rumah dah kopi tu ayah akan bancuh sendiri .. aku pun selalu suruh ayah bancuhkan kopi.. hehehe ! manjaaaa ..

keempat : ayah akan tidur sekejap diwaktu tengah hari .. itu wajib sebelum solat zohor ! dan cara ayah tidur sebijik mcm arwah wan (atok)

kelima : sejauh mana pun ayah pergy kenduri atau mana2 pun, ayah akan tetap balik buang air besar di tandas rumah sendiri.. mungkin sebab tak selesa di rumah orang.. biasalah kita sendiri pun kadang2 mcm tu jugak..

keenam : ayah sangat laaa cerewet akan kebersihan ! tu memang pantang dia kalau rumah kotor atau bersawang atau berhabuk .. mula lah dia beroperasi .. hehehe

ketujuh : cakap je nak makan apa, ayah mesti pergy belikan bahan2 untuk mak masak.. anytimeeeee doooo !

kelapan : ayah aku walaupun kecik tapi ayah kuat .. ayah boleh angkat benda yang sangat berat.. even abang aku yang muda si polis bantuan tu pun tak mampu angkat apa yang ayah angkat tauu .. ++ ayah ada 6PAX okayyy !

kesembilan : ayah akan active (bekerja dan buat macam2 kerja) bila dia kenyang ! bila dia lapar dia akan duduk diam atau tidur.. mak dah faham sangat dah tuu.. haha

kesepuluh : AYAH SEORANG YANG SANGAT SABAR .. APA PUN JADI, APA PUN ORANG BUAT DEKAT DIA, DIA DIAM DAN BERSABAR .. KESABARAN AYAH TIADA TANDINGAN ! 
  


*************************************

fakta campur mak ayah : APA JE KEPUTUSAN, MAK MESTI TANYA DAN MINTA KEBENARAN AYAH .. MAK TAKKAN BUAT KALAU AYAH TAK KASI.. EVEN DOMPET AYAH PUN MAK TAK PERNAH SIBUK CHECK ATAU SENTUH ! MACAM TU JUGAK AYAH, NAK BUAT APA MESTI MINTA PANDANGAN MAK .. DORANG SELALU BERBINCANG :)

so .. adik sayangggggg mak & ayah ! rinduuuuu ! rabu ni adik balikkkkk .. tunggu tauuuu :)

ppssttt :// kalau tak caya semua fakta ni tanya lah ABANG & KAKAK akuuu !

updated before raya :)

hello hye cik diary .. Assalamualaikum .. cik diary sihat ? aduh ! namapk berhabuk dah ni.. fuuhhh.. fuhhhh.. sorry lah cik diary dah dekat sebulan tak update .. i guess dekat sebulan jugak lah sebab last update masa almost nak puasa hari tu.. hehe ! apa nak buat, aku ni rerajin buka fb je untuk business online dan update status.. hahaha :D



okey, now sedar tak sedar NEXT WEEK RAYA dooo ! insya-Allah dapat lah sambut raya nanti hari Ahad.. and now pagi selasa (masa update blog) ni aku sebenarnya baru je lepas masak untuk sahur.. rajin? mestilah dooo.. practise untuk jadi isteri nanti dah ada suami kena lah masak untuk suami yang tengah berdengkur tu untuk bangun sahur ! hahaha ! aku tadi masak apa ntah aku pun tak tahu sebab aku masak main campak je .. actually ritu ada beli ayam, ayam tu masuk tempat beku sebb tak masaka pun.. tadi ingat nak goreng je ayam tu.. tapi rebus dulu.. masa rebus tu jadi MALAS pulak nak menggoreng.. terus lah aku potong bawang besar, bawang putih dan cili padi.. then aku terus masukkan dalam ayam yg tengah rebus tu.. letak sedikit sos tiram, sekeping asam, garam, perasa pasti sedap, lada sulah dan serbuk lada hitam.. bila rasa, ada pedasnya, masin nya, masam nya.. hhmmmm agaknya ni sup asam ayam kot.. hahaha! tapi seriously sedap .. hahahaha !

aku tadi yang tiba-tiba jadi rajin ni becoz of tershilap minum kopi 3in1 tadu tu sampai 1 mug ! sekarang haa hambik kau dah tak ngantok .. siap baju 2 baldi aku basuh, beg untuk balik kampung lusa pun siap packing dah .. then jadi dungu tak tahu nak buat apa, masak lah untuk sahur .. masa masak tadi tiba-tiba teringat dekat mak aku .. adoi makkkk ! adik rindu dooooo .. tak sabar nak balik hari rabu ni .. bus pagi pukul 9 .. bus biasalah, pancaran matahari ! dari start duduk shah alam sejak 2010, sampai sekarang dah nak penghujung 2012, aku balik kampung berpuluh2 kali cuma naik bus tuuu je .. agak2nya bila laaaa syarikat pancaran matahari tu nak bagi aku naik free sekaliiii je.. hahahaha.. 

and now suddenly tetiba teringat few facts about my mommy iaitu CHE SHARIMAH BINTI AZIZ.. korang nak tahu beberapa fakta pasal ibu tercinta aku ni?? haaa.. wait up the next entry okay ! sementara aku tengah rajin ni baik update banyak2 cikit.. pas ni my dear cik diary berbulan pulak lah tak berupdate .. hahahaha !

 btw rasanya, lepas raya ni aku nak mula kerja lah.. dah penat menjahit dan buat few business online.. ingatnya nak kerja kat KFC sebab encik sengkuang bagi suggestion dan dia sangat approve aku kerja KFC.. sebabnya?? sebb dia ada pengalaman situ.. McD dia xapprove sangat sebb situ busy dan stress.. dia kesian kat aku .. sayang lah tuuu.. ahahaha ! kemudian dapat gaji, aku nak ambik lesen kereta ! why now ?? aku dah drive kereta vroommm sana, vrroommm sini tapi harem tak ada lesen.. ritu buat muka manis je bila berhenti kat traffic light sebelah JPJ ! hahaha .. and insya-Allah pas dapat lesen, encik sengkuang benarkan drive kereta dia .. vroomm sana ! vrooomm sini ..  insya-Allah.. hehehe !

hhmmmm.. lusa balik kampung untuk sambut raya for almost 2 weeks.. happy sebb nak jumpa mak ayah dan kucing2 yang mak ayah bela.. si siti dan abu.. 2 kucing putih gebu.. mesti dah besar !! beyond that time, aku mesti rinduuuu gila kat encik sayang sebab tak jumpaaa.. huhuhuhuhu !

however sayang, jangan lupa bagi duit raya okayyyyy ! dah janji kannnn .. tahun lepas tak bagi punnn... huhuhu... sentap !

okay then, i guess better shut up setakat ni sebb dah nak waktu bersahur ni.. lepas sahur terpaksa lah tidur jugak sebb esok ADA KELAS PUKUL 10 PAGI .. !!!! aduhhh .. damn it !!!! huhuhuhuhu ..

bye bye bye cik diary ku sayang ! nanti kita jumpa lagi di lain entry .. dah tak berhabuk kan?? yaayyyy ! dah update :)


I LOVE U SENGKUANG !!


p/s : gambar hiasan saja sebab aku sangat suka baju superman nih :p