Kalau hati ini…hanya kerana kau…
Kalau hati ini rama-rama,maka terbanglah aku mencari dirimu yang hilang seribu hari dahulu
Kalau hati ini awan,hujan yang turun pasti menghanyutkanmu ke arahku
Kalau hati ini petir,cahayanya akan menerangi malammu yang kegelapan
Kalau hati ini guruh,dentam-dentumnya buat tidurmu hilang makna tenteram
Kalau hati ini kaca,maka deraiannya tidak bisa dicantum semula
Kalau hati ini kayu, serpihannya sudah lama lekang dek zaman luka terlalu lama
Kalau hati ini api,baranya tidak akan terpadam walau disimbah air tujuh lautan
Kalau hati ini persimpangan,maka kekeliruan akan membawamu ke jalan tanpa penghujung
Kalau hati ini sungai,berabad pun alirannya tetap menghala ke arah yang sama
Kalau hiti ini bunga api,percikannya memeriahkan hidupmu yang lama suram tanpa aku
Kalau hati ini teka-teki,pasti berkerut dahimu mencari jawapan yang tiada di mana-mana
Kalau hati ini pelangi, berada di bawah lindungan langit yang sama,mengapa cahayaku tidak terbias di matamu
Kalau hati ini cendol,kemanisanku akan menghilangkan dahagamu
Kalau hati ini sutera,kelembutannya menghiasi peribadimu yang mewah dengan kasih sayangku
Kalau hati ini memori,mengapa engkau tak mampu mengingatiku walau sudah berabad bersama?
Kalau hati ini batu,pasti segala tingkahmu tidak akan aku pedulikan
Kalau hati ini persoalan,kemanakahsemua kesimpulan yang pernah engkau ajukan?
Kalau hati ini embun,kesuciannya buat kau sanggup menungguku seawal pagi mahu bertemu
Kalau hati ini camar,sayapku tak akan patah walau merentasi seribu lautan
Kalau hati ini dosa,ampunkan aku kerana hadir dalam hidupmu
Kalau hati ini mawar,harumanku akan menemanimu walau kita terpisah antara dua benua
Kalau hati ini panadol,kau akan kembali riang dan sakitmu pasti tidak berlarutan
Kalau hati ini mendung,maka gelap warnanya akan membuatkan kau lari menjauh
Kalau hati ini kopi,pahitnya buat kau tersedar dari mimpi yang menyesatkan
Kalau hati ini warna,maka palitkan kanvas hidupmu agar ceria dan tidak jemu
Kalau hati ini kamus,maka perbendaharaan katanmu semua hanya tentang diriku
Kalau hati ini hasad,jauhilah aku yang akan mengaibkanmu
Kalu hati ini matematik,maka kiraannya pasti kau tambah aku,bersamaan dengan satu
Kalu hati ini muzik,pasti engkau menyanyi siang dan malam tanpa henti
Kalau hati ini hakim,akan ku jatuhkan hukuman ke atas egomu yang membelakangiku
Kalau hati ini selimut,maka terhindarlah dirimu daripada kedinginan malam
Kalau hati ini kerajaan,maka bersemayamlah kau di singgahsana dengan senyuman
Kalau hati ini dacing,maka adilkah pembahagian antara kasih,cinta dan sayang?
Kalau hati ini atom nuklear,ledakannya membuat engkau terkesan beribu tahun lamanya
Kalau hati ini curiga,maka selalulah aku didatangi gelisah dan engkau pula dikejar resah
Kalau hati ini rahsia,maka debarnya hanya kau dan aku tahu mentafsir
Kalau hati ini keju,maka cairlah aku setiap kali mendengar namamu
Kalau hati ini bintang,maka akan aku terangi hidupmu biar jelas apa yang kau mahu
Kalau hati ini kartun,selalulah engkau ketawa melihat tingkahku yang tidak berhenti menghiburkanmu
Kalau hati ini pakaian,maka kututupi kelemahanmu biar kau sentiasa gah di mataku
semua ini hanya kerana mu ...
0 orang conteng di sini..:
Post a Comment