BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 31, 2011

it's Ramadhan Again !!

Assalamualaikum!
Ahlan Wasahlan ya Ramadhan !!

" Alhamdulillah Ramadhan muncul lagi..
muncul memberikan rahmat pada sekalian
umat Muhammad Rasulullah dan hamba-hamba
ALLAH SWT dlam keadaan yang menyenangkan..
Alhamdulillah puasa kali ini kita masih menyambutnya
dalam keadaan aman tanpa peperangan dan masih
mewah dgn segala nikmat Allah di Malaysia ni..
semoga kita beroleh segala kebaikan dan amalan kita
diterima-Nya....semoga bauan syurga itu mampu kita hidu!
`dan semoga nikmat kita di bumi aman ini disyukuri
selama-lamanya....
amin.. "


cik sheera sedih sikit puasa kali ni sebb
tak dapat sambut 1st day puasa dgn mak ayah
hati ni rindu sangat..tadi ayah call..
ckp ngan ayah..yayy !! ckp ngan mak..
tenang cikit..tapi
hati betul2 melonjak nak balik..
sabar je lah...
paling sentap sebab esok mula puasa
bersamaan esok mula hari pertama
exam !!

hish! sungguh risau...
semoga nikmat bulan ramadhan ni 
memudahkan segala urusan exam cik sheera!
amin...Ya Allah...
risau sungguh...

jadi, apa2 pun cik sheera kena study...
sebb bila bab exam ni, kita cakap xguna!
tembak memang xkena..
jadi, stduy lah jalan penyelesaiannya..

Alhamdulillah hati ni tenang sedikit hari ni..
insyallah apa yg cik sheera study masuk dlm otak ni..
insyallah...
berusahalah sheera!!! 

rindu mak! rindu ayah! rindu semuanya di kampung!
rindu mr.Fuji jugak....

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!
puasa ! jangan tak puasa !

CIK SHEERA

Saturday, July 30, 2011

5 minit diam ! dan merenungmu !

kekasih...
terima kasih sekali lagi ..
sungguh ! terasa begitu bahagia ..
terlalu tenang hati ini ..
tak pernah terasa begitu tenang dan sebahagia ini..
sungguh !! tak terkira rasanya ..

sayang.. sayang terlalu istimewa..
bukan sekadar manis bicara..
sungguh ! tidak terwujud lagi ayat yg paling
baik di dalm dunia ini utk mensyukuri 
nikmat Tuhan kerana menghadirkan 
kau kepadaku sayang...
terlalu istimewa...

cahaya lampu kekuningan yg begitu redup
menghasilkan bayang wajahmu yang begitu
tenang, aman...
haa..tak jugak! dgn gelak ketawa yg tak pernah putus
dengan senyuman ! dengan sindiran !
dengan segalanya yg betul2
membuatkan aku sentiasa merindui itu..
kehadiranmu memenuhi janji utk bersama ku
sebelum bermulanya peperiksaan yg 
sangat mendebarkan, telah
menimbulkan semangat dalam diri ini..
terima kasih sayang...
sungguh ku sedari, kehadiranmu
begitu penting dalam hidupku..!!

5 minit.. hanya 5 minit ku terdiam dan
mendiamkan diri semata2 mahu menghayati
setia melihat matamu..indah sekali..
setia mendengar celoteh bibirmu ! tak lekang !
setia menghayati setiap inci wajahmu..
teliti ku menghafal segalanya tentang kamu!
hanya kamu! demi menghafal segalanya tentang
kamu untuk mengisi ruang mata ini
tatakala hati mula merintih merinduimu syg!
sungguh! saat itulah segalanya tentangmu
akan mula terbayang di mata ini..
indahnya.......

sayang, ku berdoa pada Tuhan supaya 
kiranya aku dikelilingi beribu penyakit sekali pun,
aku berharap Allah menjauhkan aku dari
hilang ingatanku..
kerana aku cukup takut untuk melupakanmu!
cukup takut untuk tidak mengingati rupamu lagi 
selepas ini..sungguh!
tidak sanggup diri ini untuk kehilangan namamu
di dalam fikiran ini..
tak sanggup kiranya hidup tanpa bayangmu lagi..
takut.. tak terkira sedihnya diriku kiranya kehilangan
segala memori mengenai kamu..
amin..

5 minit.. 5 minit..
terlalu setia merenungi ke dalam anak matamu
terpancar keikhlasanmu..
terpancar senyuman indah..
terganggu seketika dgn tingkah dan celotehmu 
yang kadangkala merunsingkan kepala..
namu ku sedar, sebenarnya itulah yang 
membuatkanmu terlalu istimewa di hati ni..
disebabkan itu lah, diri ini seakan gila tanpa mendengar
suara mu dan celotehmu syg ..
bukan sekadar manis bicara dan memuji..
cuma itu lah hakikat yg diri ini rasai..
terima kasih sayang .. :)

5 minit yang menenangkan..
merenung ke setiap inci lubuk wajahmu..
matamu..bibirmu..kening..bulu mata yang paling aku
sukai.. pipi merahmu..dahi yang sedikit luas..
dagu yang sedikit bujur..
celoteh sgguh bibir yang kecil tu..
seakan mahu ku cubit2..
tapi sebenarnya itu yang paling ku rindui..
tangan yang tembam..jari yang cantik..
kuku yang lawa..kulit yang cerah..
terasa begitu rendah diri bila bersamamu..
tapi bila difikirkan, aku terasa begitu tggi darjat ini
kerana hanya aku yang mampu mencintaimu sepenuhnya..
bukan orang lain..bukan sesiapa!
haruslah kau sedar dan tahu sayang!
saat itu, baru ku sedar yang kau insan terindah 
yang telah Tuhan anugerahkan padaku!!
cukuplah! tiada apa lagi yang ku mahukan..
selain kamu..insyallah..

terima kasih sayang kerana hadir..
kehadiran yang sangat terindah..
sungguh !!

5 minit ini akan ku kenang untuk 5 ribu tahun
yang akan datang..
usah risau dan usah ragu..
hati ku kini punya kamu!
diriku kini punya kamu..
jiwa raga ini punya kamu!
kasih ini tertumpah sepenuhnya buat kamu!
rasa ini hanya untuk kamu!
insyallah selamanya sayang... !!


cik sheera sayang mr.Faiz sangat2..
rindu selalu
& mengasihi sayang selamanya!!

pst:// terima kasih belanja mcD dan menghilangkan kempunan ini ye sayang.. dapat bawa motor !! dapat bergelak ketawa sama2 !! bergurau senda.. pusing2 KL.. damn nice !! mekasyih ... :)

mesti mimpi indah mlm ni .. yess !!
oups.. dah pukul 4 pagi .. lalala !!

Friday, July 29, 2011

Sanggupkah Kau Menjadi Suamiku ?

Assalamualaikum..
 Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...



Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..

Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..

Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
 Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..
 

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
 Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..


Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..

Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..

Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
 Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..
 

Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..

Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..

Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..

Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..

Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
 Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..
 

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..

Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..

Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..

Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
 Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..
 

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..

Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..

Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
 Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???


Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
 Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…
  

 Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, kau tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya~
 
 Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

  
 

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..~

Terima Kasih Sayang !!

cik sheera rasa lebih tenang hari ni
rasa lebih nyaman..rasa lebih sihat..
rasa lebih aman hidup ni..
rasa sedikit tenteram..
bila memikirkan segala yang positif..
dmei kebaikan bersama!

cik sheera rasa lega
mempunyai dia yang memahami..
dia yg sggup menurunkan ego lelakinya
seperti mana cik sheera menurunkan ego bekas tomboy ini..lalala! oups..terbocor rahsia..haha!
terima kasih syg! 

cik sheera masih dlm proses menajadi the lady
dia ada membantu...
dia ada menyokong..even cik sheera keras cikit
dia faham...even cik sheera kasar banyak!
dia tahu cik sheera tak bermaksud begitu..
terima kasih sayang!

cik sheera demam yang tak sudah
demam rindu kampung...
bak kata omputih, home sick !
tapi kurang demam ni dgn gelak ketawa yg 
pandai diciptanya..
ada saja perkara yang kelakar...
terima kasih sayang!

cik sheera orang kedah..
garang tau ! kasar plak tu..
tapi dia memahami..dia tahu..
dalam kekasaran ni, ada kelembutannya
terutamanya bab hati dan perasaan..
uh ! mcm cengeng..tapi dah bongsu nama pun
tak pe.. dia suka! dia terima seadanya..
terima kasih sayang !!

cik sheera rasa keseorangan..
dia ada..tapi rasa jauh..
dah memang jauh pun..tapi
dia sanggup dtg jumpa jugak..
baik kan..walaupun setiap kali jumpa mesti ada
bernda yg kitorang nk argue..
tapi bila masing2 terdiam......
keadaan tu mcm romantik plak...
lalalala! gedix sikit.... :P
terima kasih sayang utk rasa ni...

cik sheera bad mood..
dia risau, dia kalut !
dia engat cik sheera akan tinggalkan dia
dia jadi sedih..tak lah syg!
tak mungkin cik sheera tggalkan syg!
awak adalah perkara yg teristimewa pernah jadi
dan hadir dalam hidup cik sheera..
mana mungkin cik sheera akan melepaskan peluang ni
faham sayang...
jangan risau tau..
tapi syg pandai buat cik sheera senyum setiap kali
mula datang angin bad mood..
almaklumlah cik sheera ni 'panas' cikit..
terima kasih sayang...

terlalu banyak peristiwa yg terjadi 
walaupun perhubungan kami masih baru..
cik sheera bahagia sangat bila dia memahami..
cik sheera bangga punya dia yang mudah disenangi
cik sheera yakin utk tetap terus tersenyum sebelah dia
cik sheera gembira dengan status diri ni
cuma kadang2 tu hati perempuan mudah terusik..
maafkan cik sheera ya sayang..
terima kasih banyak-banyak..


ouh..dalam keadaan hu ha hu ha tuu
tak sangka pula dia mempunyai sifat penyayang
skrg baru cik sheera tahu..actually!
sebab dia ni xpernah pun fkir perasaan cik sheera 
setiap kali dia nk ckp..
main lepas je..cik sheera dh la sensitif..
apa laa syg ni....
kadang2 tu dia suka hati je memalukan 
cik sheera depan orang..
ee..cm nk pukul kepala dia laju2..
tapi tak sanggup...
lama-lama dia memahami keadaan cik sheera
yang mcm ni..
tak kenal maka tak cinta kan..
terima kasih sayang..


cik sheera ni kuat cemburu tau..
bak kata sayang..tak nak berkongsi !
cik sheera xnak ada rasa jarak antara kami
bukan jarak masa yg cik sheera maksudkan
jarak perhubungan tu yang cik sheera maksudkan!
cik sheera tak suka rasa tu..
cik sheera xpernah berterus terang apa yg 
cik sheera rasa..
sebb cik sheera sayang dia..
nnti tak nak dia terasa hati..
jadi bila cik sheera memilih utk pendam
terasa sakit sgt..
sebb cik sheera xpernah buat seperti yg dia buat
dia kena lah faham dan terima sebb
sekarang dia memiliki hati cik sheera utk dijaga~!
so, skrg syg dah fahm..
terima kasih sayang..


sebenarnya hidup ni xda lah sesukar mana
bila difikirkan balik segala kesulitan. kesempitan.
kepayahan. kesukaran hidup dlm usia remaja
ni sebenarnya adalah baru permulaan hidup dalam 
erti kata yang sebenarnya...
jadi cik sheera kena lah sabar, berusaha dan berdoa
semoga perjalanan hidup ini dimudahkan-Nya
dan dengan kehadiran si dia, 
ketabahan dan kekuatan ni menjadi semakin kuat.
semakin teguh dan semakin tegap berdiri..
insyallah..terima kasih sayang..




terima kasih kerana berada bersama
cik sheera dalam apa jua keadaan..
terima kasih kerana terima cik sheera..
terima kasih sebab begitu memahami..
terima kasih sebab menyayangi diri ni..
terima kasih sebab begitu prihatin..
terima kasih sebab tulus dan jujur..
terima kasih atas cinta terindah ni..
terima kasih kerana menjadi mata cik sheera
di saat mata ni buta utk melihat apa yg sebenar..
terima kasih kerana menjadi sudi mengisi 
ruang kosong ni...
mekasyih sangat2 sayang...


cik sheera sayang awak !
rindu awak..!! cintai awak setulusnya..
*jangan jeles... !!!


ketahuilah sayang ...
 " mencintaimu adalah perjalanan hidupku,
mengingatimu adalah kewajipan hatiku,
merinduimu adalah keinginan jiwaku,
mengasihimu adalah pengubat laraku,
dan memilikimu adalah anugerah sepanjang hayatku! "


it's all about you an me..
yours...mine...and ours !
tapi andai kata kita seakan bakal bertengkar,
tolong lah jangan call or msg ok..
cik sheera tak nak bergaduh...
itu akan menjejaskan segalanya..
lebih baik kita sama2 diam dan muhasabah diri..
engat lah syg, diam tu kdgkala penawar diri sendri..
cik sheera syg awak dlm apa jua keadaan..
maafkan segala kesalahan..
terima kasih.. 


salam sayang,
CIK SHEERA

Thursday, July 28, 2011

Maafkan Saya !

banyak perkara bermain di fikiran
kadang-kadang ia boleh membutakan mata hati
kadang-kadang ia mampu meruntuhkan segalanya
kadang-kadang ia mengusir segala kebaikan
jadi, maafkan cik sheera !!

perkara pertama :
adik minta maaf kat mak dan ayah
sebb adik takut nak hadapi exam kali ni
walaupun sekadar mid sem tapi adik tak bersedia
adik serasa macam gementar sangat
gugup ! tak boleh rasanya..
adik study ! tapi mcm xmelekat kat otak ni...
sambil stdy, adik menangis....
(biasalah kalau asik sorang-sorang kan.....)
mungkin juga sebb exam ni sama hari dgn puasa kita...adik terkilan sebb tak dapat smbut puasa dgn mak ayah..
sahur sama-sama, berbuka, tarawih ..
hhmmm mak selalu pesan supaya redha, adik redha! adik tahu, ni lah pengorbanan sbg pelajar..
tapi adik betul-betul nk balik kampung!
adik tak bersedia nk exam ni...tak !!
rasa mcm baru 1st time nk exam, 
padahal dah banyak kali.....adik takut pointer adik jatuh!
if adik kurang berjaya, maafkan adik ya.... !!!

perkara kedua :
boleh tak kalau cik sheera cemburu??
boleh kan....tapi cik sheera tak boleh ego!
hhmmm.. nak dihalang, tak patut....
if tak halang, cik sheera rasa sakit..
but, he do had his own life before i came into his life isn't it?? so.. i can't do this.. i can't !!
CS tak buat pun mcm dia buat...kalau CS buat msti dia marah, tak pun mesti dia merajuk.. pliss behave sheera!
sheera kan kuat... :)
so now, do behave !! 
dia ada kehidupan dia yg tersendiri...
jangan nangis tau.... senyum ok !!

perkara ketiga :
cik sheera rindu kak ngan abang cik sheera!
kenapa dorang buat cik sheera mcm ni??
tak layak ke cik sheera jadi adik diorang..
kenapa biar sheera sebatang kara kt sini..
salah ke cik sheera memohon kasih kt siblings sendri??
my biological siblings!!
adik tidur tadi petang mimpi abg bawa adik jalan-jalan..makan-makan..mcm yg abg pernah janji...
tapi abg bawa orang lain,adik tahu...hhmmm
sakitnya ya Allah hati ni....
sabarlah jiwa, teguhlah hati, tenanglah naluri..

perkara keempat :
sahabat...kenapa begini...??
apa salahnya dlm hubungan persahabatan kita semua sampai di uji sebegini hebat..?? 
serasa tak kebal lagi untuk menangis...
terlalu banyak air mata CS dh mengalir..
tapi serasa tak ada gunanya....
nak dimarah, tiada berhak ! tak dimarah, hatimu terlalu buta!
sedarlah teman..semoga kau beroleh jalannya!

perkara kelima :
kenapa hidup cik sheera kucar kacir ya??
apa salah langkah hidup ni..??
segalanya datang serentak....
menguji keimanan, kekuatan hati, keteguhan jiwa, ketenangan fikiran, kegusaran naluri ...
sekeras-keras cik sheera, i do a lady !!
air mata menjadi peneman setia..
tak mampu ! tak kuat rasanya diri ni melawan kesakitan .. sayang! saya sakit.. mak! adik sakit .. !!
sakit sangat .... hhhmm...

perkara keenam :
eerr...boleh ke bertahan 4 hari dengan 20sen??!!!
lalalala...
boleh gila ni hidup terumabng ambing..
manalah keluarga cik sheera di tgh bandaraya ni??
mak, ayah, jangan risau ok!
adik kuat...
insya-Allah....
maafkan adik .... 

Tuesday, July 26, 2011

Ingin ku laungkan rasa kecewa!

kertas nota berwarna putih berkibar lembut ditiup angin dari kipas siling..ruang tamu ini sunyi..sepi..
sesepi hati ini..sesunyi jiwa ini..
cawan berisi kopi panas ku biarkan sejuk begitu saja
tiada rasa untuk meneguknya..
menjeruk rasa ini..sakitnya bagai tersiat..
air mata mula mengalir perlahan..
air mata kerisauan....kekecewaan!


telah ku berjanji akan membahagiakan mu
apa jua pengorbanan pasti ku laksanakan
aslkan engkau bahagia, asalkan engkau gembira..
telah ku izinkan hati ini sengsara demi kamu!
bukan niat menabur paku di jalan berliku
tapi ketahuilah kau bahawa hati ini sungguh tersayat pilu 
demi mendengar kesakitanmu syg..
jiwa ini sekan dirobek saat mendgr keluh pedih sakit mu
luluh rasanya kaki ini
kecewa kerana tidak berada di samping kamu yg 
sedang gundah kesakitan...
maafkan aku sayang...

mendapat suatu khabar,
menimbulkan rasa kecewa yg terlalu dalam!
bagai ditoreh belati tajam, kesannya menitiskan air mata
kedegilanmu membahangkan hati ini
membuatkan aku rasa gusar!
tidak pernah ada niatku menghalang keinginanmu
tidak sesekali....namun jauh di sudut hati
aku begitu khuatirkan keadaanmu yang sedang sakit
bukankah di rumah tempatmu utk berlindung
dari angin malam yang dingin
dari embunan yang boleh mengeruhkan sakitmu
dari cuaca malam yg membuatkan tekakmu semakin
terasa pedihnya...?? bukankah harus begitu??

pedih ! sakit ! kecewa ! risau !
segalanya bercampur baur dengan kedegilan kau
di mana letaknya mata hati kamu??
lupakah kau pada aku yg sentiasa merisaukan kamu?
jarak dan masa menjadi penghalang utk aku menemanimu, namun ketahuilah kau bahawa hanya kau yg bermain di fikiran!
ku dpt merasakan jejak langkahmu yang lemah menghayunkan kaki ke luar sana, namun ego mu yang meninggi membuatkan mu nekad menyakiti hatiku dan dirimu sendiri..
sungguh! hati ini disayat kekecewaan!
sungguh! hati ini risau dengan keadaanmu!
sungguh menjeruk rasa jiwa ini memikirkan mu!
sungguh! air mata ini mengalir sederasnya dgn kekecewaan yang bercampur aduk dengan kerisauan kesihatanmu!
mengapa syg??
mengapa dikau terlalu berdegil..???
sekeras itukah hatimu melakukan sebegitu??

salahkah aku mencuba menjagamu biarpun kita jauh?
salahkan aku mencuba mengkhuatirkan keadaanmu syg?
salahkan aku memberikanmu istirehat ??
salahkah aku??
salahkah aku sanggup melayan perasaan sendiri di ruang tamu demi memberikanmu tidur yang nyenyak selepas mengambil ubat utk merawat sakitmu itu..??
salahkan pengorbanan ini syg??
salahkah aku kiranya aku mahu kamu berehat syg !!!!!

biarkan laahh...
andai kata kerisauan, kesengsaraan jiwa, keluhan kecewa, curahan air mata dan kegusaran hati ini
dapat membahagiakanmu, aku relakan..
namun sungguh! jauh di sudut hati, aku tidak dapat menerima perbuatanmu..risau ! pedih ! sakit !
kecewa sungguh ..........

serasa ingin ku laungkan kekecewaan ini..
susah benarkan untuk kau berehat di rumahmu syg??
beratkah permintaanku ini??
bukan intan permata..
bukan emas bergunung..
bukan harta..bukan rumah mahupun kereta
yang aku idamkan darimu sayang!
hanya kesihatan dan kebahagiaanmu..
berat kah permintaan ini..??
Ya Allah kuatkanlah hamba-MU
sesungguhnya hati ini begitu sakit! tersayat pilu..
tak pernah ku rasakan kekecewaan sebegini rupa!
tak pernah seluluh ini hati terasa!
tak pernah mengalir air mata ini merisaukan insan bergelar lelaki selain kamu..hanya kamu! demi kamu!

namun.......langsung tidak kau peduli
hanya ego dan kedegilan yang bertakhta....
andai itu keinginanmu, biar menangis beribu tahun jua akan tetap ku cuba penuhi dan turuti...
tetapi maafkanlah kiranya hati ini tidak dapat menerima dan memaafkan perbuatanmu....
kerana pastinya rasa sakitmu menahbahkan rasa kecewa ku di kemudian hari.. kecewa kerana kesakitanmu!

ku harapkan kepulanganmu dengan selamat syg!
ku harapkan sekepulanganmu nanti tidaklah diikuti dengan rasa sakit lagi..ku harapkan kau sihat sebaik saja kaki mu melangkah keluar dari tempat itu..ku harapkan kau sihat memperlakukan aku sebegini..
ku harap kau sebetulnya tidak merasa kesakitan itu lagi setelah air mata ini tercurah di ruang tamu yang sepi ini hanya kerana risau mmikirkan keadaanmu di luar sana....
bergembiralah sayang dan pulanglah dgn selamat....

.: ___________________________________________ :.

setiap hari menangis keranamu ..
bahagiakah engkau memperlakukan aku sebegini..??
harapanku semoga itu yang kau perolehi syg....
ku relakan kebahagiaanmu berada di atas air mataku!

CIK SHEERA

pstt:// rasa mcm nk gila pikirkan EXAM, menghafal, memahami, membuat kiraan dan menangis pada masa yg sama!!!!!
esok quiz lagi ..... hhuurrmmmmm .....
:(

E.X.A.M

"pena biru ku carik-carikkan di atas hamparan putih kertas itu..semakin ditulis, semakin mengantuk.."

ayark ! apahal ha, setiap kali bab nak exam badan mula nak demam..mula timbul rasa xsedap..
hasih ! dasar huruf M ni masih lagi ada..
sudahlah semalam buat CS benci diri sendri..
hari ini baru buat 4bab, dah tahap golek2..
sesekali siap gesel-gesel kepala kat lantai..
hhmmm busan pulak kan..
sayang CS tengah tidur tu..
tak sihat ; demam + batuk
mula lah tambah lagi satu rasa xsedap!
cepat2lah sihat yer sayang....
luluh hati ni tau setiap kali syg tak sihat..
risau.. jgn lupa makan ubat! rehat!

eeemm.. EXAM
as a student, i loves it..
but never love the EXAM
y are u exists..
lalalalala

otak cm dah bengong je cik sheera ni
update status siap hentak2 kaki lagi
ayark! sakitnya kepala..
dengan TERLUPA mana letaknya specs mata
adoi la .. kenapa! kenapa??
makin lama-makin menjadi gila ni....
gila nak balik kampung..!!!!!

unknown 1 : balik lah minah oi..bising je kau..
unknown 2 : ntahnya derr !!
unknown 3 : tension pulak aku buka blog minah ni..
unknown 4 : kau pe hal?? ada je yg xkena..
unkwon 5 : relex laa derr....chill !!

haa..memang pun..
ya ALLAH, rasa hidup ni mcm tak bermakna je
kosong! kosong! kosong!

hhmm..ramadhan dah dekat..
alhamdulillah, bersyukur dilahirkan sebagai muslim
tak sabar pulak rasanya kann...

hhmm...aaahhh!!
gila..gila..gila..gila..
ID belum aktif, slip belum ambik..
esok dgn quiz bagai ..
hhmmm...

come on sheera! come on!
u can do it....suck the depress!!
eerrr...whatever la..

uuwwwaaa !! tok !! wan !!
eeerrrmmm mak ! ayah !
adik nk balik .. !!

tekak mula sakit....kepala dah sakit....
jangan demam sheera! jgan!
EXAM PUNYA BADI LAH NI...
sabar je laa...

eerrr...nak aiskrim !!
alaa, malasnya nk turun gi kedai ..
malas ! penyakit M ni bila lah nk habis eyh??
lalalala...

dari tadi lagi layan jiwang 80-90an
cm nk runtuh rumah bergegak gempita dgn suara CS
rusak alam....haha!
adoi laaa...

tgok tu! sayang CS degil .. 
ni pun satu hal...
otak dah tak boleh berfikir..
emosi dah mula tak stabil..
migrain..migrain..

kaki dah rasa kebas, tangan dah mula berdenyut
ni lah akibatnya kena besi semalam..
luka sudaa..
uurrgghhh...!!

rasa mcm nk mengamuk, tapi cm tak patut!
lau xcakap, CS yg susah hati..
senak perut dibuatnya...
lau ckp, lau larang, kata lah kongkong
masalahnya awak tu tak sihat...
lalalalala~~
buat lah apa nk buat....

hhhmmm....
maghrib ! maghrib !
sudah laaa..
apa nk jadi, redho je lah kan...
ckp banyak pun xguna bab exam ni..
bukannya exam tak jadi lau CS meroyan
ouh! EXAM IN THE CORNER ..
corner lot !!
lalalala ~~!!!

kepala mula terhenjut-henjut..
mula berputar-putar
mula tergeleng-geleng
sakit laa!!

out of service dulu laaa...
hhmmmm...
ok !! ddhhuuu ....