BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 22, 2011

sorry ! didn't see you ! too short !

assalamualaikum ..
apa khabar semua weyh?? mak eyh ! gila bersarang blog cik sheera.. dah agak2 bulih jadi house of spiders ! haha
bukan apa, sejak kemalasan mengON9 di laptop ni, blog, pages semua tak update.. setakat twitter and facebook kat blackberry itu je laa yg sompek diupdate punn...huhuhu !

kali ni cik sheera nak cerita kisah malu + lucu + marah..
ada ke patut beliau berkata sedemikian (*matiler ayat poyo!)
kisahnya bermula....jeng !jeng !jeng !
(diringkaskan......)

lebih kurang tambah tolak pukul 10 pagi, time tu tgah gab kelas sejam..sompek laa nak breakfast ngan kawan2 kat cafe..
sedang cik sheera membeli teh o panas..
adalaa lecture arab + student arab kat situ 4 orang dok borak block my way ! dah laa tengah pegang teh panas..panas ok!
sekali cik sheera pun say....
EXCUSE ME SIR ! EXCUSE ME ! HELLO...

then suddenly he turn around dan pandang ke bawah dengan muka hairan...he said to me : OUH ! SORRY ! I DIDN'T SEE YOU ! TOO SHORT .. SORRY !
ouh dammm ! dalam hati cik sheera dah nyumpah dah...i said bongok betul..how dare dia panggil aku SHORT !
at least manner laa sikit...
dah laa block org...kata too short !
kata too small boleh laa diterima...
eee...kejam tahap tenggiling silver doee !
huh ! mentang2 dia arabic 2m++ kannn...
LOL...
awas....
haaaa....

#so bagi yang too short malay women around 156m only, jaga@ laa..kang bertembung dengan perut tok arab..hahaha!
malu ! geram ! stress....eee.....wweeekkkk

#senget....

psstt : yaayyy ! dah update blog !

.........OPPA.......


Tuesday, October 25, 2011

warm my heart with your love

sayang.. tidak ada yang mengetahui hakikat rindu, kecuali yang memendamnya..
tidak ada yang mengetahui hakikat percintaan kecuali yang menahannya..

pergaduhan kita..semalam yang berlalu hanyalah tinggal memori..hari ni 
yang aku tempuhi adalah satu semangat baruyang satu ketika dulu telah aku rebahi..harapanku esok,moga tiada lagi 
sengketa antara kita kerana BENCI ITU TAK PERNAH ADA buat insan yang paling aku cintai..

tapi sayang, engatlah.. kadang-kadang Tuhan hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh &
kilat..puas kita menangis mencari di mana sang mentari yang pernah bersinar dalam hidup dan cinta kita..
rupa-rupanya tanpa kita sedari..Tuhan mahu hadiahkan kita pelangi indah supaya kita mengahargai hubungan kita..
mengertilah sayang..

tapi kadang-kadang jugak, aku rasakan diri ni bagaikan melukut di tepi gantang.. ada tak ada langsung tak 
memberi kesan,hanya aku yang menanggung rindu dendam dalam hati ni..perasaan aku kadangkala memakan diri
sendiri bila rasa ini langsung tak berbalas..hhhmmmm..

bila difikirkan, tidak ada keindahan hidup jika masih tersisa penderitaan hidup tu sendiri.. manisnya pula
datang tatkala tua dan maut datang menjemputnya..bagaimana akan ku laluinya sendirian..??

namun, bila dunia ini aku rengkuh,ia berpaling.. bila aku berbuat baik padanya, ia balasku dengan keburukan..
bila terlihat jernih, tak tahu rupa-rupanya ia keruh semata-mata..luluh hati dan jiwa ni sayang..

tatkala hati ini sayu mencari sedikit kasih dan perhatianmu, aku sering membina angan.. membina istana indah!
kau sebagai raja dan aku adalah ratumu.. biarpun istana kita hanya sekadar pondok kecil di tengah laman 
usang, namun aku tahu dan pasti..bahawa kamu akan sentiasa di sisi,mencintaiku,menyayangiku, dan menemaniku
selamanya sayang.. insya-Allah..

pintaku sayang, cubalah tenangkan hati ini dengan cintamu kerana apa yang aku rasakan saat ini bagaikan berdiri
di atas mata pedang..bagai berada di dalam bara api..bagaikan terjatuh di atas kaca yang berderai.. 
jadi,bagaimana akanku lepaskan nafasku?? terlalu perit rasanya sayang..

sebuah memoir..percintaan ini,ada hati yang terhiris..ada sanubari yang terguris..namun aku cuma menyemai 
kasih supaya sayang itu dapat kutuai dengan banyak! kerana betapa indahnya hidup ini jika subur dengan kasih 
sayang,cinta dan belas ehsan antara kita!

percintaan ini pula kadang-kadang rumit..ia boleh menjadi sebuah kebun yang penuh dengan cinta,kasih dan
sayang..namun, ia juga boleh menjadi pusara percintaan itu sendiri..!!

eerr..sekalipun janji mu pada aku tidak lagi aku tagih, namun menyatakannya dengan ikhlas dari lubuk hati
mu sendiri merupakan satu kemestian padaku sayang..hal ini demi menongkat cinta kita yg semakin lumpuh!

tak pernah ku sangka dan terfikir betapa malangnya nasib diriku..semuda ini sudah menjadi mangsa kekejaman
manusia yang dikasihi..yang telah ditatang dari air yg keruh menjadi minyak yg paling berharga..kini,
tenggelamlah aku di dalam lautan yang tidak berdasar dan terdampar di pantai yang tidah bernoktah..

namun satu janjiku, akan tetap mengajarmu menghargai hubungan yang kita ada ini sayang! demi mengukuhkan
semuala cinta kita..aku janji..aku tetap akan menyayangimu serta mengasihimu sepanjang hayatku kerna cinta ini
wujud hanya untukmu..hanya kamu!! :)



(gambar sekadar hiasan tapi kasih sayang untuk awak bukan hiasan..)

hak milik : cik sheera!!

Thursday, October 6, 2011

only a minute ?? ouh ! i miss u ..

dear .. it's friday !
bright day ! bright love ..
missing you .. :)

I look at the clock,
it says 1:01pm..
i know thinking of you,
i'll never be done.

you run through my mind,
and occupy all my time,
wondering where you are,
and why you're not here..
I miss you ..

i think of you constantly,
for some reason i cant stop,
knowing that for always,
you'll forever have my heart..
always !

my days go by so slow,
cause you run through my head,
i said I'd love you forever,
isn't that enough said..
that i miss you !

you also haunt my dreams,
if you know what i mean,
i wake up often,
with sweats and screams..
that i fear to lost you !

why do i sleep by myself,
I'm alone in my bed,
i know I'll be thinking of you,
till the day i am dead..
how i wanted you with me ..

now still all these thoughts,
just run through my brain,
cant stop thinking of you..
because i really miss you ..

i feel i wanna kill myself,
people say thats not what the best to do,
but i turn and look at the clock..
and it says it's only 1:02pm.. !!
all i ever feel .. all i ever thinking ..
it's only a minute ??
damn !! i miss you so much sayang !!

Friday, September 30, 2011

I'am in LOVE !!

assalamualaikum..

" deruan ombak kedengaran membelah pantai
suasana dingin petang angin betiup perlahan
menampar lembut di pipi
rambut yang diikat terurai sedikit dek ayunan bayu
petang..
kaki mengayun-ayun buaian kayu yang terikat di
pohon besar..
setiap kali di ayun, kaki mencecah gigi pantai
sambil mulut menyanyikan senandung irama
sendiri..melihat kanak-kanak 
berkejaran dan melambai-lambai
di dalam air .. 
melihat sang arjuna berjalan sendirian
di gigi-gigi pantai sambil tertunduk
mencari kulit-kulit siput dan cengkerang hasil
laut untuk di buat kenangan ..
sungguh indah suasana dan aku telah jatuh
cinta padanya sekali lagi .. "

Alhamdulillah .. am so happy !!
am so in love !! 

wujudnya mak dan ayah penguat semangat untuk belajar dan terus berjuang di tempat asing ..
tulus doa dan nasihat yang emak bekalkan, adik tetap bertahan kat sini .. adik janji dengan mak untuk bawa mak datang convo adik nanti .. adik nak bawa ayah datang MSU sekali lagi ..
adik tak kesah berapa ramai manusia yang tak suka adik .. adik tak kesah pada manusia2 yang kononnya nak bermusuh mcm high school .. adik tetap pegang janji adik pada mak dan ayah .. insyallah mak, ayah .. apa jadi pun adik akan tetap habiskan belajar ..
4hb nanti adik dah start exam .. 
lepas tu adik balik kampung .. rindu mak ayah !!


dan buat sayangku faizrul nizam ..
terima kasih sebb sentiasa ada di sisi cik sheera
walau susah, walau senang .. walau sulit ..
walau dipenuhi air mata sekali pun, awak tetap
dengan cik sheera .. tak pernah cik sheera dgr
awak mengeluh .. cik sheera bersyukur ada 
awak sbgai tempat untuk cik sheera mengadu dan
bergantung harap .. cik sheera sayang kat awak ..
awak sangat baik dan menjaga saya ..
awak percaya saya .. awak yakin dengan saya ..
kehadiran awak sangat saya perlukan dan hargai ..
awak datang di saat saya memerlukan bahu untuk
mengadu nasib ibarat terbuang di tempat asing
tanpa ada orang peduli ..
terima kasih sayang !! 


Alhamdulillah .. Alhamdulillah ..
cik sheera punya cinta dan kebahagiaan masih
berpanjangan bersama mak, ayah dan si dia ..
cukup lah dengan kehadiran mereka ..
cukup untuk cik sheera ! cukup sempurna !

#sedang tersenyum penuh bahagia#

Thursday, September 22, 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum ....
Bismillah ....

 dengan apa yang jadi..
dengan apa yang telah terjadi..
dengan apa yang menghalang..
dengan apa yang mengganggu..
dengan segala ketenangan..
dengan segala kesenangan..
dengan semua rezeki..
dengan keinginan hati ini..
dengan kemudahan perjalanan ini..
dengan semua senyuman dan ketawa..
dengan kebaikan yang diberi..
dengan cinta dan kasih sayang ini..
dengan keutuhan kasih ini..
dengan dendam yang pernah menular..
dengan jiwa tertekan yang pernah berlaku..
dengan tekanan yang pernah dialami..
dengan air mata yang pernah mengalir..
dengan semuanya !!!

dan semuanya itu telah diganti dengan
KEBAHAGIAAN
yang cik sheera rasakan sangat manis di saat ni..

Sesungguhnya manusia yang 'jahanam' tu sudah lupus dalam hidup ini buat selamanya.. lega..tenang..
menyesal mengenali..namun cik sheera berterima kasih kepadanya kerana atas segala yang dia lakukan pada kami, telah diganti dengan keindahan yang tiada tolok tandingnya..

hanya ucapan ALHAMDULILLAH yang cik sheera boleh cakap.. walaupun kadang2 timbul rasa mahu membalas dendam, tapi mujur jiwa ini masih sabar..andai cik sheera balas 
dendam, mungkin cik sheera mampu jadi lebih
kejam darinya..
tapi pesanan emak masih terngiang..
'andai org itu pernah menyakiti kita, dan kita membalasnya, kita ibarat pendua kepada kunci SYAITAN nya itu ! '
so, cik sheera tak nak tambahkan syaitan yang ada mcm dia tu.. cukup2 lah dengan apa yang ada..
cik sheera yakin, perlahan2 dia akan dapat balasannya! am very sure of that.. diam bukan kalah, mengundur bukan lemah!
engat tu budak hitam......
don't ever exists in our life again..
kami tak mengundang tapi kami menghalau..

#jangan mencabar dendam ok#

ouh ya.. memandangkan hati ni senang, tenang
dan rasa munasabah, cik sheera tak mau lah
gaduh2 kan..cukup lah jadi kaki gaduh kat sekolah
tu..dah lama cik sheera tutup skill..
ok..go and fly with your own wings because my brother is MY BIOLOGICAL BROTHER, NOT YOURS..
always remember that yo!

cik sheera rasa sungguh bahagia..!!!!
terima kasih.. sekian..

#SAYA SAYANG KELUARGA SAYA DAN KEKASIH SAYA#

Sunday, September 11, 2011

Jenab & Jenot : Cinta Baru !

assalamualaikum..
ya Allah, lama nya tak update blog !
haha .. bersawang dah ..
engat nak update kes raya bagai .. as usual
lah kan, tapi rasa malas !
entah kenapa kan .. takpe, kali ini cik sheera
ikhlaskan hati .. sambil dengar lagu, update padal
binatang peliharaan cik sheera yang baru !
namanya jenab dan jenot .. jantan dan betina lah ..
bila kita sebagai manusia ada kehendak zahir 
dan batin, binatang pun ada .. faham-faham
ambik laa yer ..

this guy and lady diberikan oleh cinta hati cik 
sheera ; mr. Faiz sempena kitorg punya hubungan yang
ke dua bulan .. pelik kan??
 orang sambut setiap tahun, tapi kami sambut setiap
bulan lak .. haha ! sengal .. biar laa ..
asalkan tak mengganggu hidup orang lain ..
btw, to mr. Faiz : mekasyih sayang !
i love them so much !! :)

nak tengok tak gambar dorang yang comel ??
nak ?? ni haa ... ce teka mana jenab, mana jenot ?

comel bukan ?? hehe !! like .. like ..

btw, cik sheera bersyukur sebab Allah memberikan
cik sheera kebahagiaan bersama insan tersayang..
kasih sayang family dan si dia memang tak pernah putus dan bagi cik sheera, mereka lah kekuatan cik sheera 
untuk teruskan perjuangan hidup..
biar di hina, dicerca sekali pun, cik sheera yakin,
Allah tu ada .. pada yang sedang cuba mengganggu
gugat kami hubungan adik beradik dan kehidupan cik sheera lagi lepas ni, cik sheera berjanji takkan berdiam diri ..

so now, cik sheera nk move on to the new chapter!
pada insan yang buat cik sheera benci sgt2 kat dia,
cik sheera maafkan dan ikhlaskan apa yang jadi..
biarlah org kata cik sheera lemah, asalkan cik
sheera mendapatkan kebahagiaan hidup ni daripada
hidup atas kebencian .. btol x ??
tapi kena engat lah sesuatu, memaafkan bukanlah
boleh melupakan apa yang jadi .. 

so, am carry on with my life and my love 
in our new chapter begin..

terima kasih atas segalanya .. :)

Sunday, September 4, 2011

dendam penuh BENCI bukan TAKUT ..sebab !!

" dengan semangat juang dah kepahlawanannya
cik sheera serius dan tegas membenci kau selagi hayat
dikandung badan serta takkan pernah mengalah..
insya-Allah tetap bertahan.. "


antara sebabnya membenci itu wujud..

kau pandai menggunakan nama Tuhan untuk cover salah kau.. kau tak tahu kah itu berdosa..?? dan segala sumpahan kau tu sendiri adalah salah..kau mengetahui itu!! KAU MUNAFIK

kau maki orang berjela-jela sampai berminggu tak sudah.. tak reti nak berhenti langsung tapi kau cakap orang tu yang jahat sedangkan orang tu hanya diamkan diri.. KAU MEMANG BONGOK

kau kutuk orang lain bukan main sedap mencaci..dia pengotor,baju gumpal2 dalam wardrobe tak pernah basuh terus pakai balik..kau tuduh dia guna barang2 mandi kau depan orang yang kau benci sekarang, tapi sekarang kau buat baik dengan dia tu pulak time kau susah..KAU DASAR TALAM 18 MUKA

kau caci, kau maki, kau kutuk semua orang.. konon kerja sekadar polis kuli saja..kau sibuk mesej menganggu adik beradik orang di tengah malam semata2 nk tegakkan kau tak salah padahal di situ kau kantoikan diri kau terlebih sudaa.. KAU MEMANG BODOH

kau pikir semua orang akan ikut cakap kau dan percaya semua yang kau cakap padahal kau lupa, yang sebenarnya apa yang kau katakan pada orang lain,kau sendiri yang buat..kau pikir kau dah menang padahal orang pandang KAU MEMANG DASAR PEMBELIT

kau fikir orang tu diam masa kau maki dia, menunjukkan dia takut dan dia bersalah..kau bangga..kau gelak kuat-kuat..kau maki macam2 sampai kau panggil dia babi dan tak guna..kau rasa dia takut dan dia tak melawan padahal dia membenci kau..KAU MEMANG PERASAN


kau cakap orang tu curik barang kau yang tak seberapa..padahal orang tu tak pernah nampak kau pakai pun..kau rasa semua orang yang sama barang ngan kau, itu kau punya..padahal RM15 boleh dpt kat Asian Avenue di Sunway Pyramid..haha..apa kau pikir muka kau tu paris hilton yang satu barang di dunia kau sorang je ada?? KAU TAK SEDAR DIRI

kau pernah mintak doa supaya seorang lagi hamba Allah ni supaya hidupnya susah semata-mata nak menunjuk dengan kereta baru yang dibayar dengan duit pinjam..kau jahat..kau kutuk dia macam2..tapi orang tu tak nampak talam kau yang besar sebb kau dah pengaruhi dorang utk membenci insan lain yang mendiamkan diri..ee KAU SYAITAN

kau huuu sana, kau huuu sini konon orang tu (si diam) bawa balik lelaki kat rumah dan tidur sekali kt ruang tamu..padahal kau sendiri nampak yaang jaraknya sangat jauh serta lampu terang benderang dan ruang itu ada lagi seorang insan yg sedang makan dan online disitu..bila dia masuk bilik sekejap,kau snap picture..kau sebar pada orang dia perempuan tak guna sebab bawa balik lelaki kat rumah..itu sekali dan terdesak! tapi kau tiap2 minggu bawa jantan kau masuk rumah and plus pada bulan puasa!! kau tak nampak ke kesalahan kau sendiri .. KAU EGO TAHAP DEWA

kau telefon abang dia, kau mesej kak dia..kau mengadu kat abang dia mcm2..kau cerita semua benda salah! kau yakin kan abg dia yang adik dia jahat..kenapa kau buat mcm tu sedangkan dia tak ganggu pun adik beradik kau?? ada dia mesej kau?? ada dia kacau kau??? kau yang berani2 mencuba memecah belahkan dorang adik beradik.. KAU PEREMPUAN JAHANAM

kau angkat tangan kat dia, kau ugut nak penampar dia dan kau engat dia diam?? dia akan buat report polis atas alasan dia dalam ancaman seseorang bernama *****..kalau apa2 jadi kat dia, kau akan masuk jail sebb umur kau dah lebih 21tahun..even dia jatuh dan cedera sikit je, polis akan cari kau berdasarkan laporan dan bukti tu..dan kalau dia betul2 jahat,dia boleh buat2 jatuh je..balas dendam kat KAU YANG KONON BAJET BAGUS DAN NAIF

perempuan 1 dan lelaki 1 bergaduh kes putus cinta dan kantoi curang.. secara tiba-tiba kau masuk campur dan serang dia.. segala hal yang tak pernah dibuat dan dilakukan terus diungkit.. fitnah mula berleluasa.. tapi kau pandai berlakon..dorang tak nampak salah kau sebab kau kaburi dengan kesalahan dia..ish! padahal perempuan 1 dan lelaki 1 hidup aman je tapi kau dan dia masih bergaduh hal yang tak munasabah.. apakah KAU BANGANG SANGAT ??

kau halau dia keluar rumah tu..padahal tu sewa rumah dan bill dia bayar..kau pikir tu rumah bapak kau?? kau sendri pun menyewa je kat situ..kau tak ada hak langsung.. KAU LUPA DIRI

macam-macam yang kau buat dan cakap..
tapi orang TAK NAMPAK SALAH KAU..kau hebat!
tapi kau jangan fikir dia akan mengalah bila dia diam
sebab dia MENYAMPAH dengan muka kau, tu pasal dia tak cakap dan dia TAK NAK tengok muka kau..sedar diri yer..

ouh! dan selama ni kau asyik menang je..dan kau
asyik dapat apa yang kau nak dengan orang
tak nampak salah kau kan?? mungkin Allah nak berikan kau buku dengan ruas bila ditemukan kau dengan dia..kenapa??
KAU LUPA KUASA TUHAN 

biarlah insan lain nampak salah aku je,aku tak kisah, sebab satu hari nanti kau sendri akan termakan sumpahan kau sendiri..

#kalau kau buat, kau terasa..ni hak aku nak tulis apa kat blog aku sebab ini BLOG AKU BUKAN BLOG BAPAK KAU..#

Monday, August 29, 2011

Pecah Rumah ?? Pesediaan Raya ??

assalamualaikum..
bismillah..

periuk menggelegak di atas dapur
pulut penuh setalam untuk buat ketupat
sup memenuhi periuk besar juga menggelegak
dipunhi tulang temulang daging untuk dijadikan
sup kepada sang bihun..
daun palas bergumpal gumpal sudah dibuka
emak untuk dibalut bersama si pulut..
baunya sungguh sedap..

suara si kakak terpekik terlolong di dapur
terjerit jerit sambil tangan melincah bekerja
keriuhan hanya semata meceriakan suasana
mencari sesuatu tidak terjumpa,
pantas mulutnya terbuka luas membebel
sebenarnya, itu sesi memecahkan dapur!

si abang ke hulu hilir
sekejap bersama topi keledar dan motornya
sekejap bersama si kereta
keluar masuk rumah membeli barangan yang mana
tidak mencukupi..
kelihatan penat namun steady mengawal
kemachoannya..

si ayah sedang memegang gunting
kriuk kriuk bunyi gunting sedang memotong
daun pandan dengan lajunya..
kerana ayah menyediakan banyakkkk daun pandan
untuk dibawa ke kubur esok harinya
mengingati arwah-arwah tercinta
sempena syawal yang mulia ini..

si adik sedang menadap diari elektroniknya
bukan mals..bukan tidak buat kerja..
namun peranan si adi cuma lah sedikit sahaja
yang lebih di saat mengambil barang 
dan membuat pesanan sahaja..

riuh di sana sini seperti sepuluh orang
rupanya kami hanya 5 beranak..
sang menantu masih di KL
kerana tidak punya cuti....
kasihan kan...tak mengapa la...
mungkin lain tahun masih punya peluang.. :)

tidak sabar rasanya mahu menyambut
syawal pada esok hari..gembira sungguh!
bunyi mercun di sana sini..
cuaca tenang selepas hujan..aman damai dengan
angin yang berpuput lembut...

terkadang rasa rindu pada si dia di kampung
halamannya bersama keluarga tercinta..
rindu sungguh di hati ini..
serasa mahu menatap mata nya..wajahnya..
senyumannya..segalanya bersarang di 
ruang mata ini..
sedikit pesanan dan titipan buatmu di hari raya ini
sayangku..

SALAM AIDILFITRI CINTAKU..
DALAM RINTIH GERIMIS DI PAGI SYAWAL..
BERTAMU RINDUKU PADAMU SEGENAP SANUBARI
MEMANJAT SYUKURKU PADA ILAHI
KERANA MASIH BERTAUT KASIH DAN CINTA
BERSAMAMU INSAN TERSAYANG..

buat keluarga ku tercinta..

SALAM AIDILFITRI BUAT KELUARGAKU
TERSAYANG..RIUH RENDAH MEMASAK SESAMA
DI DAPUR MERIANGKAN HATI
DAN SANUBARIKU..
SESUNGGUHNYA KASIH INI TUMPAH BUAT
KELUARGAKU DI HALAMAN INI..
BERSYUKURKU PADA ILAHI KERANA KITA MASIH 
BERKUMPUL BERSAMA..


Alhamdulillah.... :)

CS : yayyy !!! esok hari raya !!!

Saturday, August 27, 2011

Balik Kampung :)

assalamualaikum..
bismillah....

sekarang sudah pukul 6:30 ptg..
abg tgah mandi..akak tgh bersiap..abg ipar
masih di hotel, ada meeting..
sheera plak menghadap laptop utk update blog!
mak dah call...
 " adik,abg,kak..bila nak balik ni......."
haa, bunyi dah tu..cepat2 semua siap..berbuka puasa
dan kita akan gerak balik Changlun! yayyy...
tak sabar nak balik..nk jumpa mak!
jumpa ayah...lama tak gaduh2 ngan ayah kes remote
tv tuh haa..hehe!

hhhmmm...tapi kan korang perasan tak,
raya kali ni mcm tak berapa ada semangat..tak tahu
lah kot2 cik sheera sorang jer yang terasa mcm
ni tapi pelik laa....
tak rasa happening sgt pun raya kali ni...
tak rasa excited nak balik sebb raya! just 
sekadar balik cuti kt kampung jumpa parents.....
apakah ini Ramadhan terakhir...??
hhmm...apa2 pun Allah telah menentukan-nya..
kita sebagai hamba haruslah redha dgn apa yg 
terjadi, bakal jadi atau sudah jadi..ok??

pejam celik pejam celik, sudah 27 Ramadhan..
mujur laa celik balik, buatnya nanti pejammmm
dan terus pejammm....apa nk jadi kan..??
bersyukur saja pada Allah sebb kita masih diberi 
peluang untk bernafas dan mencintai insan 
tersayang...
Alhamdulillah.... :)

so, cik sheera punya baju raya tahun ni warna
hitam...sebenarnya tak beli pun lah baju baru!
just pakai baju2 lama je..tadak hal sebb semua baju
masih kelihatan baru memandangkan cik 
sheera ni bukannya minat sangat pakai baju kurung!
hahaha...LOL...
so ingatnya nak pakai baju kurung itam,
seledang merah..hehe! makngah kauu...
huhuhu!

" adik, hang dah siap belum????!!
eee...terhegeh2 mcm penagih! "

haa...tudia, hantu karung sudah sampai..
tu lah my sister..dah terjerit2 suruh siap..
hehe! apa2 hal pun...
doakan cik sheera dan siblings selamat 
sampai ke Kedah ya...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
AMPUN MAAF DIPINTA, MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEMOGA RAMADHAN DAN AIDILFITRI KALI INI LEBIH
BERMAKNA BUAT KITA..AMIN..


Friday, August 26, 2011

Bunga Dan Harapan Hati

assalamualaikum..
bissmillah....

" Ya Allah..semoga hati ini tabah.. tiada lagi tangisan..
semoga jiwa ini kukuh melawan setiapa apa salah
yang dibahaskan.. semoga nurani ini
tetap menegakkan kebenaran diri demi cinta, kasih
dan kehidupan ini.. semoga jurang rasa benci itu
terhapus di suatu saat nanti..
semoga kisah dendam di dalam hati mampu aku hapuskan demi sebuah ikatan persaudaraan..
Ya Allah, semoga sikap angin dan baran ini tidak
terbawa-bawa di Aidilfitri Mulia ini..
andai kiranya kesempatan ini kesempatan yang
terakhir, semoga aku masih mampu memeluk
emak dan ayah di kampung....semoga aku
di jauhi semua nokhtah2 kebencian dan kejahatan
dan semoga aku tidak lagi dihentam dengan cacian
juga makian ..
semoga aku bisa mencari di mana silap langkah hidupku ini yaTuhanku kerana sesungguhnya hati ini, jiwa ini, nurani ini, tak bisa menangguh semua limpahan air mata ni lagi..
namun hati dan jiwa raga minta berkorban utk cinta dan itu telah ku relakan walau ku tahu itulah punca segalanya!
ya Allah, tunjukkanlah aku jalan keluar dari
segala permasalahan....tuluskan lah
keampunan Mu padaku di hari suci ini..
semoga takdir yg tertulis di Loh MahfuzNya
menjadi kebahagiaan padaku..
semoga pertemuan demi pertemuan semakin
indah demi ikatan persaudaraan dan pertalian
darah yang terjadi tidak meyempitkan ruang
kemaafan..sesungguhnya mereka insan yang aku 
cintai di dunia dan dia insan yang aku 
kasihi dunia jua akhirat kelak...
segalanya dengan izinMu jua ya Tuhanku..
sesungguhnya cinta dan kasih ini tak 
pernah berbelah bahagi seteguh langit dijunjung
dan sekuat bumi diredah...
amin.. "


jadi, bunganya di sini dan harapannya diatas!

CS : insyallah akan balik kampung utk beraya bersama emak dan ayah di kampung...CHANGLUN menanti kepulangan perantau muda semakin mendekat..insyallah panjang umur berjumpa semua sahabat handal..meh balik kampung !! :)

Tuesday, August 23, 2011

Perkhidmatan Sewa Dapur ??

assalamualaikum..
salam hari ke-24 Ramadhan....
tadi sahur makan apa??? cik sheera makan roti
je.. Alhamdulillah..
hhhmmm...dalam pada tgh sahur tadi tetibe lah
terasa sedap sgt lau dapat masak sendiri..
alaa, mcm dulu2...goreng nasi, buat sup sayur..
sedappp!! tapi tu kat rumah lama laa..
sekarang kat rumah sewa baru..rumah ni kosong..
xda peti ais, dapur, furniture or everything laa..
kiranya masa masuk ada lantai, dinding, bilik air,
air cond, bumbung..tu je lah nokk..

starting masuk rumah sewa baru ni cik sheera
sekali pun belum masak! nak masak! nak !!!
cik sheera xpandai masak, tapi suka masak!
beli?? tu la kann..engt nk beli jer dapur gas tuh..
tapi rasa cm tak berbaloi lak kan..mana lah tahu
kena badi pindah rumah lagi, mau jenuh nk
mengangkut..haa!!
lagipun cik sheera cuma tinggal 2 semester je 
lagi nk habis study, after that mungkin degree
tempat lain..tak sure lah kan..
sebb tu rasa mcm menyusahkan pulak..
sebab masa mula2 dtg shah alam, bawa 3 biji
beg je..nnti nk pindah tak pasal2 berangkut ngan
lori sebijik! haa, garu kepala mak ayah nanti..
huhuhu...

tapi serius doh! nak masak!!!
muak lah dok beli jee...xselera nk makan laa..
*tapi lau lapar, lahap jugak!!
tapi tu belakang kira lah kann...so skrg ni
tgh cari, ada ke tak khidmat sewa dapur utk 
masak?? dapat 15 minit pun jadi laa..bukan 
nak masak bnyk, dapt goreng nasi pun cun!
tu laa kan, ada ke khidmat mcm ni??
xpernah lah pulak dengar kan...
hhmmm...tapi serius shi* rasa nak masak
sekarang ni....
lagi2 lau dapat buat kek..uishh!
tolong laaa....nak masakk!!

cik sheera tak mau buat bising...tapi...
NNNNNAAAAAKKKKKKKK
MMMAAAASSSAAAAAKKKKKKKK!!!!
aaaahhh...huh!
pliss pinjamkan dapur sekejap...
serasa nk masak sup sayur + ayam
untuk dimakan dgn mee..sedappp!!
plisss......uuuu......

uurrrggghhh !!
nak masak...nak masak...nak masak...
kepuasan tu tak ada kat makanan yg dibeli..
memang tak da la! lau masak sendri, xsedap 
pun xpe..janji dapt masak & makan..!!

ada sesapa nk sewakan dapur dia utk cik sheera
masak?? boleh ta???
tolong laaa...!!!!
:(



XTVT bebudak masa Tarawih


assalamualaikum..
sudah pukul 3:05 pagi..kepala dah berdenyut !!
mata masih segar..semua sebabkan penangan
kopi la ni..lalala! 
ok, disebabkan kes mata segar..mari kita
bercerita dan mengenang kembali aktiviti kita
masa kecik-kecik dulu kat masjid time mak ayah
tengah terawih..hehehe! nostalgia ni..
sambil2 layan nostalgia ni, kita layan lagu raya
sekali..haa, mau bertali air mata...LOL

cik sheera nostalgia dengan aktiviti budak-
budak pompuan yg cik sheera buat dulu.......

- main tepuk-tepuk tangan + menyanyi..
antara lagu yg popular seperti..
'saya ada burung pipit...'

- main kejar-kejar tapi suara tak bunyi, sekadar
dup dap dup dap bunyi kaki jee..takut kena
sepuk ngan mak...lalalala

- manjat-manjat setiap inci tiang yang ada

- duduk kat hujung sekali ramai-ramai sambil
menipu perihal diri sendiri..contohnya..
A : ayah aku cakap raya ni nak beli kat aku
3 pasang baju..best oo..
B : eleh, aku dah beli pun 7 pasang !!

- menghabiskan makanan2 masa org berbuka tadi

- menciplak moreh banyak2 masuk beg telekung
mak..hihihi

- tengok bebudak lelaki tunjuk hebat main beskal

- tengok + join bebudak lelaki main mercun..bomm!!
sekali ada org tua dtg halau...berterabur lari...
hahaha!!

- tengok + layan bebudak lelaki main 'lawan-lawan'
siap ada ultraman, hero kura-kura bagai..LOL

- cilok duit siling dalam beg telekung mak, gi kedai,
beli kudap-kudap..hehe!

- bilang blop lampu liplap warna warni kat bumbung
dan dinding masjid... :P

- bila dengar tok imam baca tahiyat akhir,
cepat-cepat sarung telekung duduk masuk saf
semula..pura-pura! takut kene luku den omak
eyh nanti..hehe!!

.........................................................

hhmmm...rasanya tu je lah yang cik sheera
selalu buat dulu...bab xtvt bebudak lelaki yg tu
cikit2 je lah cik sheera tahu...lain tu idok ler teman tahu kan.....hahaha! apa-apa pun, best doh jadi bebudak! 
nostalgia sesangat.... :)

pstt:// layan lagu raya ni buat CS tak sabar nak balik kampung Jumaat nanti...!!!