BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 25, 2011

S.A.B.A.R seteguh karang!

mungkin ini mggu sedih cik sheera..
tapi tak pula sedih semuanya..
masih ada gelak ketawa dan senyum mesra bersama kawan2
dugaan dtg bertimpa2, tiada tempat mgadu apatah lagi bantuan yg ada?
mna lah nak di tangisi? di bilik air saja lah..tak mgkin di tepi jln
mungkin dikata gila,mana kan dikata anak kehilangan ibu sedgkan sudah
dewasa lagaknya cik sheera ini kan??
tak menangis?? ah mana bisa!
cik sheera ni manusia biasa..sekeras mna pun personality
di dada ttp mempunyai sekeping hati yg rapuh
sanagt goyah bila ditimpa musibah dan masalah..
rasa sakitnya sampai ke tulang!!


cik sheera tak sukakan zaman lepas dulu tp tak pula membenci
tak mengapalah kerna itu sudh lepas..
cik sheera tak suka zaman sekarang..tapi mensyukurinya juga
kerana zaman ini mematngkan cik sheera..tak mengapalah!
zaman depan2 belum diketahui wujud rupanya bagaimana
namun harapannya tidak lah sepert kini dan dulu
hanya itu yg mmpu cik sheera berdoa..
still hold on it and tied it strongly deep in my heart!
susah tu memang susah! tapi ada himahnya
bukankah sudah dijanjikan terdahulu jua?
jadi senyum tetap lah terpamer! bukankah begitu???

sedih? ah! semestinya..
manakan tidak sedih jika masalah xpernah berhenti wujud
dan mengejar kita seperti bayang2 yg disuluh mentari bukan??
namun, hanya satu kekuatan yg cik sheera ada sekarang iaitu
S.A.B.A.R. dan cik sheera selalu ingt insan tersyg serta shbt
mereka lah insan terbaik yg pernah wujud tika ini..suka duka bersama mereka
kesusahan?? ya! mungkin mereka bisa terima juga bila cik sheera begini
susah sgt ke? tak lah..cuma hati ini terlalu sensitif
untuk menerima semua kepahitan dan dugaan ini serta masalh yg terlengkap di situ
seolah2 ada saja musim2 yg berlaku..
seperti jika adanya bahagia...pasti berpanjangan
jika kesedihan....pasti lama!
jika permasalahan...pasti memudharatkan...
namun begitu..alhamdulillah! ada jalannya!
pasti ada...ada!! yakin ada..!!
INSYA-ALLAH..


*insan yg masih kurang serba serbi*

Thursday, February 24, 2011

Famous And Fabulous Night (FBMP)

23 FEBRUARY 2011
FMBP department mnganjurkan malam sosial pelajar
lebih kurang mcm prom juga lah..
wwooottt...bunyi mcm best je kan..
wah! asa cm gempak je..cik sheera pun xsabar nk g..
pergh! 2 mggu juga cik sheera menahan sabar..


tiba lah hari2 yg dinantikan...
cik sheera hanya seorang diri..farah sudah bersama faiz..
alahai..trkontang kanting! wwoowwoo..mcm nk nangis!
huhu! tapi..mujor lah ada kawan2 msu yg hebat2..
yeah! ada tam, KK, bang qeem, munir, matt dan lain2
agk malu jga bila kena perli ngan dorg! tau apa??
dorg ckp..'eh,napa sheera jd tggi tiba2 ni..?'
haa...ni lah rahsianya! cik sheera pun tayang lah kasut tggi 4 inci ni..
ahaha! tergelak2 dorg..yer lah!
minah kasar tetiba pakai kasut tggi tahap gaban...
mcm budak2 bru bertatih jln je rupanya tuh! hoho


ok..comment pasal FnF nite ni..??
eerrmm..lighting cun! awek2 + pakwe2 semua gempak!
yg xgempak bila makanan habis! what??
yeah..habis sudaa! ramai gler xdpt mkn..merungut lah ni..apa lagi..
live band?? wow! hebat! cute2 lak tu! hehe
wakaka crew? yeah! best jga!
then mood mcm hot, then cold dgn cepat..!!
kenapa? sebab bru je nk menari (injut2 bdn je) dlm 5 minit
terus ms.mc ckp, ok! kita ada award nk bg kt lecture...
then after 2 minit..live band + menari lagi..
then, ada award terus! then live band + menari lagi..
smpai 3,4 kali..uish! tekanan jga...potong!
sampai sakit kaki cik sheera ke depan + belakang bnyk kali..
mujor tak jatuh peleot..!! (tersungkur)
pakaian cik sheera pun cm konon2 trying to 'lady like' lah
konon! dgn warna pink sume! walhal i hate pink! ahahah
saja nk jd lain dri lain....


then...dah habis semua..kami pun mengambil gmbr lah
konon posing dgn baju2 gempak kami lah..hehe!
wowott...hehe! ha!
then,kaki cik sheera sampai bengkak2 lah jln pkai kasot tggi ni...
aduh!!! sakit sgt2..then terus ah cik sheera cabut kasot tu..
KK yg tolong bawa kasot cik sheera..cik sheera jln tanpa kasot..
yeahhh! hebat! 
konon cinderella lah! hahaha...
wwweeekkk....
apa2 pun..enjoy juga lah dengan mlm yg xberapa famous ni..
mekasyih semua..yeah!!

Sunday, February 20, 2011

syg! menulislah..sebelum Tuhan mengahantar nokhtahnya..

Sayang, cik sheera gembira betul bila kamu mahu menulis. Kerana telah berkali2 cik sheera khabarkan pada kamu, bahawa menulis itu perlu. Mungkin hari ini apa yang kita tulis nampak seakan2 tidak bermakna, tetapi satu hari nanti siapalah tahu apa kewajarannya. Mungkin tulisan itu sajalah menjadi bukti kewujudan kita. Nah, bukankah molek jika bukti itu kita kumpulkan satu persatu, agar di suatu waktu dapat ditonton dan dibaca anak cucu?? Jadi tak salah kiranya cik sheera mempunyai berbuah2 buku nota menulis tentang suka duka cinta kita



Sayang, cik sheera suka kamu menulis. Kerana menulis itu umpama melakar sebuah potret kehidupan. Dengan menulis kita berkongsi hati dan perasaan. Dengan menulis, kita sebenarnya telah cuba untuk melapangkan fikiran. Jadi janganlah bungkam dan gundah, sekiranya tulisan2mu itu tidak dibaca. Kerana tulisan2 itu tidak lain buat penawar dirimu sendiri. Menulis lah untuk hatimu dan bukan untuk mereka yang datang bertamu. Kerana yang semacam itu akan lebih melapangkan, dari memikir2 akan siapa yang sudi bertandang


Sayang, menulis itu sebenarnya sangat sukar. Kerana seringkali apa yang kita tulis akan menjadi wacana untuk mata2 yang membaca. Jadinya, kalau elok yang kita tulis, elok jugalah hasilnya. Molek jugalah ikut-ikutannya. Dan kalau yang kita tulis itu adalah umpat keji serta cela, lalu kita jugalah yang akan menerima dosanya. Namun itu semua janganlah kamu risaukan. Kerana sudah menulis itupun adalah satu kerahmatan. Kerahmatan buat menyemai cinta kita..


Sayang, menulislah dengan hati, agar apa yang ditulis itu masuk juga ke dalam hati. Janganlah ragu2 dan bimbang yang nanti tulisanmu akan dikecam dan dihina orang. Kerana apalah ertinya kekecaman dan penghinaan mereka itu. Mereka bukan sesiapa dalam hidupmu. Apa yang penting adalah cik sheera. Cik sheera yang suka membaca tulisanmu walaupun jarang2 kau menyebut nama cik sheera. Cik sheera tidak minta disanjung dan dipuja, kerana cik sheera tahu cik sheera telah lama berpaut di dalam hati dan jiwa kamu syg! Biarpun kini masalah semakin kerap timbul tapi itu bukn penghalang hubungan kamu dan cik sheera kan?? Keajauhan dan masa bukanlah pengahalang untuk luahan mu syg! Menulis lah!!


Sayang, akan ada nanti suatu hari kamu akan merasa begitu berat untuk menulis. Keinginanmu terhalang oleh pelbagai masalah yang mendatang. Janganlah di waktu itu kamu berputus asa, lalu tulisan2mu kamu tinggalkan saja. Peliharalah ia, sayangilah ia dan simpanlah ia seperti harta yang berharga. Harta yang akan membuktikan kamu adalah kamu, dan kamu pernah ada cik sheera yang bertapak di hatimu. Cik sheera faham apa yg akan terjadi nanti bukan lah permintaan kita syg! Cik sheera mengerti melalui naluri..tapi menulislah! Mungkin ada sesuatu yg belum kamu mmpu ungkapkan dengan kata2…


Sayang, cik sheera tahu hidup ini hanyalah sementara. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini hanya sandiwara yang akan dihitung pula amal dosanya di suatu masa. Tapi sementelah Tuhan memberikan kita merasai nikmat dunia dan isinya, elok sajalah cerita dunia ini kita penuhkan dengan warna suka duka, sambil2 mengingati tentang mati dan alam sana. Menulislah seolah2 kita akan mati esok lusa. Di situ, kita akan sentiasa menulis agar tidak ada apa pun yang kita cicirkan di dalam kehidupan, terutamanya memberitahu orang2 yang kita sayang bahawa kita terlalu amat menyayangi mereka. Kerana itu cik sheera menulis ini syg! Cik sheera syg kamu!!! 

Sayang, cik sheera menulis kerana cik sheera sayangkan kamu. Kamu yang telah cik sheera simpan sebagai sebahagian dari hidupku. Kamu yang tidak akan cik sheera temu kalau bukan dengan izin Tuhan. Kamu yang tidak mungkin cik sheera kenal kalau bukan dengan nama persaudaraan. Cik sheera sayangkan segala2nya tentang kamu. Baik burukmu, cacat celamu, kekurangan dan kelebihanmu, marahmu, rajuk dan tawamu, sifat2 buruk dan baikmu, cik sheera sayangkan kesemuanya. Cik sheera sayangkan kamu kerana kamu adalah kamu. Dan jikalau kamu menjadi orang lain, maka kasih sayang itu juga akan bertukar menjadi asing




Kekallah begitu. Kekallah menjadi kamu yang cik sheera tahu…


Jadi sayang, ayuhlah menulis. Biar kita sama2 hiasi dunia dengan kilau kata2. Biarpun kita akan dibawa pergi dan berpisah esok lusa, biarlah dengan tulisan2 ini saja menjadi tanda bahawa kita pernah berkongsi cerita, berkongsi cinta dan berkongsi cita2. Ayuh, mari lah kita mula. Sebelum Tuhan menghantar noktahnya....

**pstt! Maafkan cik sheera kalau terlebih sayu malam ni….. maaf!

Saturday, February 19, 2011

CONTEST candid terbaik!

pepagi buto ni cik sheera tak dpt tdo..
nk kcau mr.akim tdo...cian plak!
esok dia keja...ish!!
so, cik sheera pun meng'continue' follow2 semua blogger2 di malaysia
konon lah kan..kemudian.......
cik sheera nmpak contest yg bakal bertarikh tutup ni...!!!
semoga sempat ++ diterima lah..hehe..

syarat2 nya sila lah baca di blog mrs.VIP

so...ini adalah gmbr yg cik sheera pertaruhkan!


gambar ni di'candid' oleh kawan cik sheera di MSU
time ni cik sheera sibuk tayang gmbr2 dlm hp dekat cik tina tuh!
hehe! buruk nor muka cik sheera ni..boolatt!!
hahaha...so,arap2 ada lah luck! amin....
meh2 jemput join jga!

mencintaimu...sedetik lebih!!

Kekasih? Tidak kiralah apa bentuknya. 
Hitam atau putih ia. Tua atau muda. Buruk atau indah, ia tetap kekasih.

Kekasih yang diberi Tuhan. Itu pelajaran pertama. 
Kekasih yang dikurniakan atas rasa cinta. Rasa cinta yang tidak boleh dibeli dengan harta. Itu pula pelajaran kedua.
Yang jikalau sudah kita namakan kekasih, tentu pulalah ia amat mengasihi kita. Kalau tidakpun sekarang, mungkin sekali ia PERNAH memberi kasihnya. Pelajaran ketiga.
Samada kita kini berpisah atau masih bersama ia, pokok ceritanya ada hati yang pernah gembira bersama. Lalu cocok saja untuk kita bersyukur dan berterima kasih kepada sang pemberi cinta. Bersyukur atas apa jua yang ditakdirkan oleh-Nya. Itu pelajaran keempat.
Lalu jangan meminta2 lagi..terima lah insan yg menyayangi kita seadanya. Lima!



bagi cik sheera, Cinta di dunia ini ada banyak tafsiran dan warnanya. Setiap satunya terpulang kepada pasangan yang membawa cinta. Mereka yang mencoraknya. Jangan pelik dan cemburu jika pasangan lain nampak lebih seronok dan cocok dari diri dan pasangan kamu sendiri. Itu kerana mereka punya hati dan jiwa untuk mewarnai kanvas cinta mereka. Lalu dengan keikhlasan itu maka lahirlah sebuah hubungan yang ceria. Berlandaskan yang molek2 saja. Sudah tentunya bukan dengan pergaduhan!


Sedang kamu sendiri. Kamu memilih warna2 kusam untuk melakar potret hidupmu dan si dia. Dia perlu ikut telunjuk kamu! Kalau tidak, bergaduh! Si dia pula dengan egonya! Dan kalau sudah warna kusam dan ketegangan  yang dikau pilih, kusam dan tegang  jugalah hasilnya... Itulah, 
Tuhan memberimu pilihan, memberimu akal fikiran untuk kau gunakan. Maka, gunakan!



Kadangkala kamu mengatakan cinta itu menyakitkan. Bagaimana?? Bagi cik sheera, ia menyakitkan bila kamu terluka. Bagaimana pula itu?? Itu terjadi bila adanya cemburu + pertengkaran serta hilangnya kepercayaan. Mcm mana pula itu?? Sedah tentunya datang dari perasaan takut dan gentar. Kenapa pula itu?? Sebab kamu sayangi si dia, takut kehilangannya! Jadi mengapa bertengkar?? Kerana tidak percaya! Mengapa…kerana sudah terkikisnya cinta dek api cemburu buta yg semakin marak! Jangan begitu…!!


fikiran cik sheera mengatakan Ada banyak lagi warna2 yang terbuka untuk kita coret pada sehelai kertas yang masih kosong. Ayuh warnakan ia dengan warna2 cinta. Warna2 rindu. Warna2 setia. Warna2 syukur. Warna2 terima kasih. Warna2 penghargaan. Dan warna2 senyuman. Jangan takut, kalau baik yang kita mahukan, maka baik jugalah hasilnya, dengan bantuan Tuhan..jangan 

takut! Sudah cik sheera nyatakan segalanya!


Apa yang cik sheera mahukan darimu, wahai kekasih? Apakah semua yang dimahukan oleh orang yang bernama kekasih? Tidak. Cukuplah sekadar cinta yang berjaga. Kerinduan yang berbela. Kesetiaan yg bersatu. Kasih sayang yang buat selamanya.



Dari kita muda......



Sampai lah kita tua…...


Cukuplah itu. Cukuplah jika dapat mengenggam jemarimu tatkala lemah. Dapat membelainya tatkala gembira. Bersama2 mengharungi dunia yang serba fananya. Hingga sampai satu ketika Tuhan menjemput kita berdua. Untuk dihitung segala pahala dan dosa. Lalu di mahligai sana, kita berdua masih tetap mampu bersama. Ya, itu saja cukuplah. Sedetik lebih selepas selamanya...sedetik lebih menghela segalanya rindu bersama…dan sedetik lebih cik sheera mencintai mu..!!









Friday, February 18, 2011

hadiah indah keinginanku!

Hadiah terbaik keinginan cik sheera  bukan bunga dalam jambangan. Ia juga bukan coklat tanda ikatan. Apatah lagi beruang berbulu comel yang lembut disentuh tangan. Cincin? Ah, itu juga bukan, malah tidak pernah cik sheera idam-idamkan. Hadiah terbaik saya adalah dia yang Tuhan kurniakan sebagai pendamping cik sheera. Dia yang sederhana dan telah menambat hati cik sheera. Cik sheera tidak peduli apa yang dunia ini katakan tentang dia, kerana cik sheera tahu bahawa dia adalah yang terbaik untuk cik sheera..



Dia yang cik sheera kenal itu tidak seromantik mana. Tapi cik sheera tak putus2 mengajarnya kerana cik sheera fikir romantik itu perlu sebagai bunga2 kehidupan. Cik sheera perlukan romantik yang bertempat sebagai tanda penghargaan. Dan tidaklah pula cik sheera menyatakan bahawa tidak romantik itu sesuatu yang tidak bagus. Namun cik sheera lebih menghargai kehalusan perasaan atau cik sheera namakan sebagai romantik itu. Bagi cik sheera bunga2 hidup 

itu perlu demi menghiasi cinta cik sheera dan dia..

Hadiah terbaik cik sheera adalah apabila dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar cik sheera walaupun kami sama2 sibuk. Cik sheera tidak meminta dia menghantar pesanan ringkas kepada cik sheera setiap saat kerana itu tentulah mustahil. Jadi cik sheera bersyukur dengan apa jua yang dia kirimkan pada cik sheera walaupun sebaris 'assalamualaikum'..


cik sheera berterima kasih dengan khidmat pesanan ringkas ini. Ia benar2 meringkaskan hubungan dalam dunia serba mencabar dan masa yang serba pantas berlalu. Ia ringkas, mudah dan cepat. Ia tidak membuang masa semata-mata untuk memberitahu penerima tentang apa yang kita rasa. Ia berbaloi dan murah pula. Sejujurnya, cik sheera amat2 sayangkan zaman cik sheera yg 
dilalui bersama dia dan benar2 mensyukurinya.

Cik sheera tidak perlukan Blackberry atau Aifon untuk menyatakan hasrat hati cik sheera. Dan cik sheera juga tidak mengharapkan pesanan2 yang cik sheera terima dilayangkan khas dari sebuah Blackberry atau Aifon itu. Dengan jalan apa pesanan itu datang tidaklah sepenting mana. Yang penting ia selamat tiba dan boleh dicernakan oleh minda cik sheera dlm keadaan penuh cinta dan kasih syaang yg ikhlas dr dia.


Jadi, hadiah terbaik cik sheera cumalah sebaris kata2 yang ikhlas datangnya dari hati lalu turun ke jari. Lalu kata2 itu ditaip satu2, dan dilayangkan di alam maya yang entah mana, lalu menjelma di mata cik sheera sebagai sebuah pesanan paling ringkas tapi bermakna dr si dia insan tercinta. Ya, itulah hadiah terbaik cik sheera demi mengingatkan cik sheera dan dia tentang janji & sumpah yg pernah disemat bersama. Cukuplah, cik sheera tidak mahu yang lainnya...


CONTEST muncung paling cun habis!

dalam sibuk2 meng'follow' blog sedunia yg cun cun
tetiba cik sheera terpndg satu contest yg sangat menarik ni...
ish!! mcm best!
ni cik sheera nk join ni...ha!
contest apa?? meh tangok banner...


haa...cun kan tuan yg buat contest ni...
apa lagi...jom join contest dia ramai2 ++ follow lah dia ok!
kang contest kamu tak dilayan lak...haha!
cik sheera tak jamin lau korang tak mnng! 
hadiah dia rahsia tau! mcm menarik je...
apa lah agak2 nyer kan...hehe!! jom2
tarik tutup dia 28 FEB 2011..dah tak lama dah!!

so...ni lah gmbr yg cik sheera pertaruhkan....
arap2 ada luck! heehee! amin....


then,cik sheera tag 5 kawan2 cik sheera ni...
mari2..
# waniey hunny
# nuya
# heroin malaya
# nik nurul husna
# prinxhanim







Thursday, February 17, 2011

~ HB mummy!! love u!

tanggal 17 februari 2011
adalah bezday mak cik sheera yg ke-46 tahun!
still muda ok! hehe! sayangggg makkk...!! muah!



unknown 1 : eyh! manje...penat je aku buka!
unknown 2 : apa hal lah minah ni,bezday mak pun nk gtau...ayarkk!
unknown 3 : bia lah derr! blogging kan free! 
unknown 4 : aku pun ada mak..tak riuh pun! ish...

heloo...!! ari ni birthday mak cik sheera tau!
sedih xdpt nk sambut!
tahun lepas smbut birthday mak...ayah xsempat...
tahun ni smbut birthday ayah...mak xsempat!
haishhh...sentap juga lah!
td mak kol....uuu! cm nk nangis je!!
rinduu giler2 kat makk...!!!




manje?? mesti lah manje! 
cik sheera anak bongsu ok! jgn jeles!! uuwweekk!!
sapa tak syg mak oi..baik buruk pun mak kita jga kan!
syurga kat bawah kaki mak selagi belum berkahwin...
bg lelaki,tggungjwab terhdap mak xkan habis walaupun dia dh kawen tau!
yg prmpuan lpas kawen dh jd tggungjawab suami..
ppsstt:/ suami yg BERTANGGUNGJAWAB SAHAJA OK!


cik sheera lapar laa! 
but am on diet ni...dah 4 ari tak makan nasi tau!
huhu..konon lah kan....erm!
diet pun diet lah juga tapi peot ni ttp je boyot!
asanya kan...makin boyot lagi adalah bila tak makn...
angin kot......kot laaa....
tapi...argh! nk ringankan badan cket lah!
tekanan....still....berat!!




kenapa nk kurus??? hehehee
sebenarnya cik sheera berangan nk didukung suami bila dh kawen nti...
sal tu la kena kurus! lau gumox...mna la suami mmpu kan!
silap2 kena heret je...dukung tak!
hahah! mau berbirat badan diheret atas tart! ouch!
sangat sakit...so...jom kurus ramai2..!!
yyeeaahh! chaiyookk!!


so...last sekali...for my mum...
PUAN CHE SHARIMAH BT AZIZ
happy birthdayy...!!!!
i love u mum! i miss u muchosss!!
rindu nk mkn masakan mak!
*(buat mcm bertahun tak jumpa je! haha)
semoga pnjg umo! murah rezeki + sihat selalu!
ayah! i love u too....!!



Tuesday, February 15, 2011

~ salam maulidur Rasul ~


سْــــــــــــــمِاللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

Selamat menyambut hari keputeraan baginda 
Nabi Muhammad S.A.W
pada 12 Rabiul Awal 1432
bersamaan 15 Februari 2011 Masihi

semoga Allah sentiasa merahmati junjungan kita Nabi Muhammad, ahli keluarga serta para sahabat baginda..
jadi cik sheera nk citer lah pasal sejarah sambut Maulidur Rasul


unknown 1 : alamak..sejarah! wa malas la buka2 blog org ada bab sejarah..aiseh!
unknown 2 : wa...ish! wa ni...ish! tak boleh blah la dgn sejarah..
unknown 3 : wa tamau tgok blog lu lagi la..tdo lagi baik!
unknown 4 : lu ni apahal derr! tetibe masuk bab sejarah! kerek lah luu...
*watak2 ni adalah khayalan cik sheera sahaja!

cik sheera ni bukn nk citer sejarah tingkatan 4/5
haish! lau sejarah tu..cik sheera pun tido! ayark!
ni sejarah smbutan maulidur Rasul masa kecik2 dulu..
dah besar...?? ehem2..batuk plak! huhu


teringat masa dulu2 sekolah rendah + menengah!
kalu ada smbutan maulidur Rasul ni mesti ada perarakan
dari sekolah smpailah ke masjid..!!
ada pertndingan nasyid,banner, tulisan khat + mcm2 lah!
tapi cik sheera paling suka bab makan free...
cewaahh! bnyk gulai daging cedap2..
kadg2 mkn nasi tomato ayam masak merah! 
pergh! sangt2 lah sedap...
mmbuatkan cik sheera yg tgh diet ni berkeroncong plak!
sabar ye perutku + cacing2 pita..
esok kita makan ok! hehehe...

teringat juga ustaz cik sheera cakap:
"Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala."


so, bersama2 lah kita memanfaatkan hari bahagia ini..
cik sheera bukn lah baik sgt kan..
tapi cik sheera cuma sekadar berpesan + saling mengingati..
cuma sedih la cket sebab
skrg dah masuk u..xda perarakan..
++ xda lah makanan free!!
eemm..ada kot..tpi cik sheera tak dpt mklumat pun..
ermm! bila maulidur Rasul ni cik sheera dgr lagu
maher zain tajuk The Chosen One yg ditujukan khas buat Nabi Muhammad S.A.W kita..
sangat2 best + syahdu lah lagu ni...
cik sheera punya bulu roma semua mencacak je naik..
meremang!! bukan takut...hayati...huhu!

jadi..sempena cuti ni..
cik sheera cuma nk pesan la...
berhati2 di jalan raya..
engat ALLAH..
engat Nabi kita..
engat yg tersayang!
supaya nyawa tak melayang!

SALAM MAULIDUR RASUL ..!!


Monday, February 14, 2011

~ CONTEST pic hitam putih PALING COOL~

haa..another contest!
peduli apa kan...join je lah! hehehe!
ni adlah contest yg macam.....editing kan..??
mmg lah tugas cik sheera pun bab ni kan...hahaha!! yeaahhh!!
so, ni adalah bannernya!!


ayarkk!! fenin juga nk letak gmbr pe enn!! hehe!!
haa...ni syarat2 nya!! bace2!

1) mula2 ekali korang kena lh jd follower empunya blog dulu ok!
2) kemudian letak lah bannernya!! mcm cik sheera buat lh...
3) kemudian buat antry pasal contest ni dan berikan idea hadiah apa yg korang nk kalau korang menng RM100..??
4) kemudian lagi..tag lh 5 org kawan anda!
5) tarikh tutupnya adalah : 1 MAC 2011

so...cik sheera pertaruhkan gmbar2 ni..momot!!
gmbr family cik sheera + mr.akim



cik sheera nk hadiah.....
cik sheera nk shawl yg cun + keronsang banyak2..!!
arap2 laa dpt....aminn.....hehe!!

kemudian cik sheera tag :

matt ghazali
roslizawati
mohd harizan zul
hany nafisya
nor farahanim abdul rahman









~ CONTEST kami pose comey!

yeah! another contest yg cik sheera join!
yg ni cik sheera suka sebab cik sheera memg suka sgt bergmbar bersama kawan2 cik sheera di msu yg sanagt2 gempak! well.....hehehe!
ni adalah contest.....


yeah! so..seperti selalu lah...
setiap contest ada syarat2 dan terma nya!
so...lets bace2 untuk join nti....

syarat-syarat
1) kena lah follow owner yg buat contest ni...wajib!
2) kena lah buat entry bertajuk di atas dan letak banner nya! jagn lupa juga link kannya ok!! kang owner cri ta jumpe! haha!
3) hantarkan gmbar anda KEPUNYAAN SENDIRI dan gmbr tu mestilah ADA ANDA bersama member2nya...
4) kemudian kena lah buat ayat yg simple tentang kenapa anda join contest ini..
5) kemudian, kena lah tag kepada 5 rakan anda!

so,cik sheera pertaruhkan beberapa keping gmbr ni..yeah! come on gadis2 dan jejaka2 MSU..!! amacam..?? cun?? ehehehe






kenapa eyh cik sheera join contest ni...
sebab contest ni macam makanan, semua org join! semua org suka! memg best sangat n kena selera ++ memg sangat gempak!!

nak tau hadiah tak..??peerrgghh!!
giler meletup hadiah dia....minta2 lah cik sheera ada rezeki..!!
iPHONE..!!! perggghh!!

tarikh tutupnya : 25 FEBRUARY 2011
cepat2...kang rugi..hehe
jom! jom! jom! iPhone tuuu....!!


kemudian...cik sheera tag lah kawan2 ni...


redzwanie redzmann
matt ghazali
lovely yanaa
syamimi ruslan
priya

~ CONTEST aku & tudung express!

ni adalah pertama kali cik sheera join contest dlm blog!
sebagai muslimah yg pakai tudung, so cik sheera join lah contest ni..
so...jom tengok banner dulu..
bia jelas apa yg tak jelas...hehe!!


kemudian semua mesti tahu apa syarat2 nya...
supaya tak lari dari landasannya..!!
kang kalau tak menang cik sheera tak jamin! hahaha....

syarat-syarat
1) mestilah jadi follower cik empunya contest di blog beliau!
2) mestilah buat entry tajuk 'CONTEST aku dan tudung express'
(tudung biasa ok. shawl dan apa jua jenis tudung adlah dialukan)
3) kemudian kena tag 3 org rakan dan link kan contest ni pada diorang!
4) tarikh tutup : 28 FEBRUARI 2011

so,cik sheera pertaruhkan beberapa keping gmbr cik sheera yg comot ni..
hehehehe....arap2 ada rezeki..!! aminn....
ni adalah antara shawl yg cik sheera selalu lilit2 smpai tercekik leher! hahaha! kadang2 cik sheera xsempat nk iron..sebab?? nk express g kelas! dah lambat kan...
hahahah! selalu terlajak tido..dan ni lah hasil2 bila cik sheera pakai tudung secara bas express menghantar penumpang! yeah!




haa....nk join tak..?? 
tak nak..?? kenapa?? best lah!! bia glamour ceket...
hadiah...??ouhhh!! ok2...hehe
ni hadiahnyeerrr....tadaaaa!!

hadiah : TUDUNG EXPRESS TERKINI PILIHAN ANDA!
jemput2 lah join reramai ok!!

cik sheera tag :

azie fazieda
ruby azbiera
ieydahashida


Thursday, February 10, 2011

~ cubaan menulis puisi pelangi hati ~


سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


pelangi...
indah kamu di ufuk dunia mewarnai renyaian hujan petang..
pelangi...
menyanyi ku mengikut warnamu yg ceria..
memberikan sejuta nafas segar melepas rekahan lelah di hati..
pelangi...
alangkah indah ciptaan Allah yg esa memberikan lahar suam kedamaian akal..
pelangi...
mengapa kau susah digapai ?? 
mungkin takutkan kami manusia yg suka merobek keindahan sejatimu ??
pelangi...
maafkan aku..bukan aku melupakan kecantikan itu...
cuma aku tak mengerti faktor kewujudan mu yang sentiasa
menimbulkan kejernihan di balik debu-debu hati..
pelangi...
kandangkala ku renungi warna hati mu..apa sebabnya warna2 itu??
ouh ya! aku menggaru kepalaku..
aku lupa..segala ciptaan Allah itu ada sebabnya...
Allah Maha mencipta...!!


pelangi..
mengapa susah aku untuk melihatmu..??
adakah kerana aku 'rabun' atau selalu tidur petang??
*cut !! (this words not suppose to be here right..??)

pelangi..
kadangkala terpaksa kau menyaksikan ketandusan cinta syaitan
dek darah nak muda sepertiku melafazkan janji syahdu hingga
merobek keabadian sejati keindahan lukisan Allah..
pelangi..
mengapa namamu pelangi...??
kenapa tak dinamakan gunung berapi..??
*cut !! (tak sesuai ni...)
pelangi..
matahari juga menyanyi riang akan kehadiran mu menemaninya..


maafkan aku pelangi...
bukan aku tak menghargai..
cuma aku penat mngejar cahaya ketaksuban itu saban kala menanti tak kunjung tiba ; cuma kala hujan gerimis   namun mampu memadamkan ribut hati..
maafkan aku pelangi...
kadangkala aku merayu jiwa batinku yg sendu kepadamu
sedangkan kau memberikn segaris senyuman nan indah di celahan bukit angkasa..
maafkan aku pelangi...
mungkin dulu langkah ku tempang & tak mnyedari akan
kewujudan tambatan kasih sejati di langit gerimis...
namun aku berjanji...
bahawa ketempangan ini akan aku luruskan demi mencapai ketenangan
robehan sanubari ciptaan sendu manusia..


**cop! cop! cop! setakat ini dulu ciptaan cik sheera
cik sheera secara tetiba sakit perut akibat jeruk yg sedap masam!!
perrgghh!! potong nafsu puisi tol..hehe!!  so..cik sheera nak g toilet ++
menyanyi lagu pelangi...

"pelangi-pelangi alangkah indahmu..merah hijau kuning
di langit yang biru..penciptamu agung siapa yg gambar
pelangi ciptaan Allah hu akhbar..."