BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 25, 2011

warm my heart with your love

sayang.. tidak ada yang mengetahui hakikat rindu, kecuali yang memendamnya..
tidak ada yang mengetahui hakikat percintaan kecuali yang menahannya..

pergaduhan kita..semalam yang berlalu hanyalah tinggal memori..hari ni 
yang aku tempuhi adalah satu semangat baruyang satu ketika dulu telah aku rebahi..harapanku esok,moga tiada lagi 
sengketa antara kita kerana BENCI ITU TAK PERNAH ADA buat insan yang paling aku cintai..

tapi sayang, engatlah.. kadang-kadang Tuhan hilangkan sekejap matahari, kemudian Dia datangkan pula guruh &
kilat..puas kita menangis mencari di mana sang mentari yang pernah bersinar dalam hidup dan cinta kita..
rupa-rupanya tanpa kita sedari..Tuhan mahu hadiahkan kita pelangi indah supaya kita mengahargai hubungan kita..
mengertilah sayang..

tapi kadang-kadang jugak, aku rasakan diri ni bagaikan melukut di tepi gantang.. ada tak ada langsung tak 
memberi kesan,hanya aku yang menanggung rindu dendam dalam hati ni..perasaan aku kadangkala memakan diri
sendiri bila rasa ini langsung tak berbalas..hhhmmmm..

bila difikirkan, tidak ada keindahan hidup jika masih tersisa penderitaan hidup tu sendiri.. manisnya pula
datang tatkala tua dan maut datang menjemputnya..bagaimana akan ku laluinya sendirian..??

namun, bila dunia ini aku rengkuh,ia berpaling.. bila aku berbuat baik padanya, ia balasku dengan keburukan..
bila terlihat jernih, tak tahu rupa-rupanya ia keruh semata-mata..luluh hati dan jiwa ni sayang..

tatkala hati ini sayu mencari sedikit kasih dan perhatianmu, aku sering membina angan.. membina istana indah!
kau sebagai raja dan aku adalah ratumu.. biarpun istana kita hanya sekadar pondok kecil di tengah laman 
usang, namun aku tahu dan pasti..bahawa kamu akan sentiasa di sisi,mencintaiku,menyayangiku, dan menemaniku
selamanya sayang.. insya-Allah..

pintaku sayang, cubalah tenangkan hati ini dengan cintamu kerana apa yang aku rasakan saat ini bagaikan berdiri
di atas mata pedang..bagai berada di dalam bara api..bagaikan terjatuh di atas kaca yang berderai.. 
jadi,bagaimana akanku lepaskan nafasku?? terlalu perit rasanya sayang..

sebuah memoir..percintaan ini,ada hati yang terhiris..ada sanubari yang terguris..namun aku cuma menyemai 
kasih supaya sayang itu dapat kutuai dengan banyak! kerana betapa indahnya hidup ini jika subur dengan kasih 
sayang,cinta dan belas ehsan antara kita!

percintaan ini pula kadang-kadang rumit..ia boleh menjadi sebuah kebun yang penuh dengan cinta,kasih dan
sayang..namun, ia juga boleh menjadi pusara percintaan itu sendiri..!!

eerr..sekalipun janji mu pada aku tidak lagi aku tagih, namun menyatakannya dengan ikhlas dari lubuk hati
mu sendiri merupakan satu kemestian padaku sayang..hal ini demi menongkat cinta kita yg semakin lumpuh!

tak pernah ku sangka dan terfikir betapa malangnya nasib diriku..semuda ini sudah menjadi mangsa kekejaman
manusia yang dikasihi..yang telah ditatang dari air yg keruh menjadi minyak yg paling berharga..kini,
tenggelamlah aku di dalam lautan yang tidak berdasar dan terdampar di pantai yang tidah bernoktah..

namun satu janjiku, akan tetap mengajarmu menghargai hubungan yang kita ada ini sayang! demi mengukuhkan
semuala cinta kita..aku janji..aku tetap akan menyayangimu serta mengasihimu sepanjang hayatku kerna cinta ini
wujud hanya untukmu..hanya kamu!! :)



(gambar sekadar hiasan tapi kasih sayang untuk awak bukan hiasan..)

hak milik : cik sheera!!

0 orang conteng di sini..: