BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 29, 2011

Pecah Rumah ?? Pesediaan Raya ??

assalamualaikum..
bismillah..

periuk menggelegak di atas dapur
pulut penuh setalam untuk buat ketupat
sup memenuhi periuk besar juga menggelegak
dipunhi tulang temulang daging untuk dijadikan
sup kepada sang bihun..
daun palas bergumpal gumpal sudah dibuka
emak untuk dibalut bersama si pulut..
baunya sungguh sedap..

suara si kakak terpekik terlolong di dapur
terjerit jerit sambil tangan melincah bekerja
keriuhan hanya semata meceriakan suasana
mencari sesuatu tidak terjumpa,
pantas mulutnya terbuka luas membebel
sebenarnya, itu sesi memecahkan dapur!

si abang ke hulu hilir
sekejap bersama topi keledar dan motornya
sekejap bersama si kereta
keluar masuk rumah membeli barangan yang mana
tidak mencukupi..
kelihatan penat namun steady mengawal
kemachoannya..

si ayah sedang memegang gunting
kriuk kriuk bunyi gunting sedang memotong
daun pandan dengan lajunya..
kerana ayah menyediakan banyakkkk daun pandan
untuk dibawa ke kubur esok harinya
mengingati arwah-arwah tercinta
sempena syawal yang mulia ini..

si adik sedang menadap diari elektroniknya
bukan mals..bukan tidak buat kerja..
namun peranan si adi cuma lah sedikit sahaja
yang lebih di saat mengambil barang 
dan membuat pesanan sahaja..

riuh di sana sini seperti sepuluh orang
rupanya kami hanya 5 beranak..
sang menantu masih di KL
kerana tidak punya cuti....
kasihan kan...tak mengapa la...
mungkin lain tahun masih punya peluang.. :)

tidak sabar rasanya mahu menyambut
syawal pada esok hari..gembira sungguh!
bunyi mercun di sana sini..
cuaca tenang selepas hujan..aman damai dengan
angin yang berpuput lembut...

terkadang rasa rindu pada si dia di kampung
halamannya bersama keluarga tercinta..
rindu sungguh di hati ini..
serasa mahu menatap mata nya..wajahnya..
senyumannya..segalanya bersarang di 
ruang mata ini..
sedikit pesanan dan titipan buatmu di hari raya ini
sayangku..

SALAM AIDILFITRI CINTAKU..
DALAM RINTIH GERIMIS DI PAGI SYAWAL..
BERTAMU RINDUKU PADAMU SEGENAP SANUBARI
MEMANJAT SYUKURKU PADA ILAHI
KERANA MASIH BERTAUT KASIH DAN CINTA
BERSAMAMU INSAN TERSAYANG..

buat keluarga ku tercinta..

SALAM AIDILFITRI BUAT KELUARGAKU
TERSAYANG..RIUH RENDAH MEMASAK SESAMA
DI DAPUR MERIANGKAN HATI
DAN SANUBARIKU..
SESUNGGUHNYA KASIH INI TUMPAH BUAT
KELUARGAKU DI HALAMAN INI..
BERSYUKURKU PADA ILAHI KERANA KITA MASIH 
BERKUMPUL BERSAMA..


Alhamdulillah.... :)

CS : yayyy !!! esok hari raya !!!

0 orang conteng di sini..: